ogpih

ogpih
gcuk

Friday, January 23, 2009

bismillah

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

MABUK


MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

  • 1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
  • 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
  • 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

    Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

  • 1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
  • 2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
  • 3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
  • 4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
  • 5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

  • C.....I.......N....T.........A


    Cinta Kepada Allah, Itulah yang Hakiki
    Cinta bagaikan lautan, sungguh luas dan indah. Ketika kita tersentuh tepinya yang sejuk, ia mengundang untuk melangkah lebih jauh ke tengah, yang penuh rintangan, hempasan dan gelombang pada siapa sahaja yang ingin mengharunginya. Namun carilah cinta yang sejati, di lautan cinta berbiduk takwa berlayarkan iman yang dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, insyaAllah kita akan sampai kepada tujuannya iaitu: cinta kepada Allah, itulah yang hakiki, yang kekal selamanya. Adapun cinta kepada makhlukNya, pilihlah cinta yang hanya berlandaskan kecintaan kepada Allah dan RasulNya. Bukan kerana pujuk rayu syaitan, bukan pula kerana desakan nafsu yang menggoda.

    Cintailah Allah, berusahalah untuk menggapai cintaNya. Menurut Ibnu Qayyim, ada 10 perkara yang menyebabkan orang mencintai Allah SWT:
    1. Membaca Al-Quran dan memahaminya dengan baik.
    2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan solat sunat sesudah solat wajib.
    3. Selalu menyebut dan berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan dan perbuatan.
    4. Mengutamakan kehendak Allah di saat berbenturan dengan kehendak hawa nafsu.
    5. Menanamkan dalam hati Asma’ul Husna dan sifat-sifatnya dan memahami maknanya.
    6. Memperhatikan kurnia dan kebaikan Allah kepada kita.
    7. Menundukkan hati dan diri ke pangkuan Allah.
    8. Menyendiri bermunajat dan membaca kitab sucinya di waktu malam ketika orang sedang nyenyak tidur.
    9. Bergaul dan berkumpul bersama orang-orang soleh, mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.
    10. Menjauhkan sebab-sebab yang dapat menjauhkan kita darip
    ada Allah.

    Wednesday, January 14, 2009

    BERJUANG HABIS-HABISAN


    Segelas Air Di Medan Perang

    Di zaman permulaan bangkitnya Agama Islam, banyak peperangan telah berlaku antara pihak tentera Islam dengan pihak musyrikin. Banyak suku-suku Arab yang musyrik telah bangkit menentang Kerajaan Islam yang berpusat di kota Madinah. Salah satu peperangan besar yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu ialah Perang Yarmuk.

    Dalam masa peperangan ini suatu peristiwa yang sungguh mengharukan telah terjadi yang kiranya elok dijadikan satu teladan yang indah buat umat dikemudian hari. Satu contoh teladan yang tidak ada tolok bandingnya bagi menunjukkan keluhuran budi pejuang-pejuang Islam di medan pertempuran.

    Salah seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Jahim Bin Huzaifah yang menyertai Perang Yarmuk itu meriwayatkan satu peristiwa tentang pengorbanan pejuang-pejuang Islam yang berhati mulia.

    Abu Jahim bercerita.
    “Semasa Perang Yarmuk itu saya sedang mencari saudara sepupu saya yang berada di barisan hadapan sekali. Saya bawa bersama-sama sedikit air agar dapat memberi faedah buat dirinya. Tatkala saya menjumpainya dia sedang terbaring berlumuran darah. Dia mengerang kesakitan dan harapan untuknya hidup sangat tipis sekali. Melihat keadaannya itu saya lantas berkejar kepadanya untuk memberikan air. Tetapi ketika hampir saya memberikannya air itu saya terdengar seorang lagi pejuang Islam sedang berteriak: “Berikanlah saya air! air!” Mendengar suaranya itu saudara sepupu saya lantas memberi isyarat agar saya pergi melayani orang itu lebih dahulu dan memberikannya air itu. Maka saya pun tanpa lengah lagi terus pergi mendapatkan orang itu. Pejuang itu amat saya kenali, tidak lain adalah Hasyim Bin Abilas.

    Tetapi sebelum sempat saya memberikan air kepada Hasyim saya terdengar suara orang mengerang di sebelahnya pula, juga meminta air. Hasyim pula kali ini mengisyaratkan saya supaya memberikan air itu lebih dahulu kepada orang yang mengerang dekatnya. Bagaimanapun sebelum sempat saya kepada pejuang yang ketiga itu ia pun telah mati syahid. Lalu saya pun bergegas semula kepada Hasyim tetapi sedihnya ia juga telah mati syahid. Tanpa lengah lagi saya terus pergi mendapatkan saudara sepupu saya itu. Sungguh tidak tahan rasa di hati saya kerana saya dapati dia juga telah mati syahid.

    Demikianlah satu contoh keluhuran budi yang tidak ada bandingnya yang diperlihatkan oleh pejuang-pejuang Islam yang beriman.

    SATU PERJUANGAN




    Perjuangan Islam PDF Print E-mail

    Tidak ada perjuangan islam yang dapat selalu berjalan dengan mulus tanpa suatu rintangan dan tantangan. Perjuangan Islam akan senantiasa berdampingan dengan rintangan dan tantangan. Seorang pejuang Islam akan senantiasa mendapatkan perlawanan dari pihak-pihak yang tidak suka atau tidak menginginkan berdirinya syariat Islam, dan hal ini sudah merupakan sunatullah yang harus dihadapi, bukan ditakuti. Selamanya, kebatilan itu akan menetnang tegaknya kebenaran.

    Rintangan dan tantangan adalah kondisi yang pasti ada dalam perjuangan Islam. Sejak zaman Rasulullah saw dan para sahabat, berbagai bentuk rintangan tidak pernah habis, terus menghantui perjuangan Islam hingga saat ini. Siapapun yang telah melangkahkan kaki ke medan perjuangan Islam, maka sudah tentu ia akan menghadapi berbagai tantangan kebatilan. Berbagai bentuk halangan dan ujian dalam perjuangan Islam telah hadir sejak masa Rasulullah saw dan para sahabat yang senantiasa gigih dalam memperjuangkan agama Islam. Berikut ini adalah beberapa bentuk ujian yang banyak di alami oleh Rasulullah saw dan para sahabat serta para mujahid terdahulu ketika menyerukan perjuangan Islam:

    Ujian yang pertama berupa cemoohan atau olok-olok yang berasal dari musuh-musuh Allah yang tidak menginginkan berkembangya syiar Islam. Ternyata ujian itu tidak hanya datang pada kita yang merupakan manusia akhir zaman, tetapi juga datang kepada Rasulullah saw. Hal ini dapat kita lihat melalui firman Allah swt berikut,

    “Dan apabila mereka melihatmu (Muhammad), mereka hanyalah menjadikanmu sebagai ejekan (dengan mengatakan): ‘Inikah orang yang diutus Allah sebagai Rasul?’” (QS. Al Furqon [25]:41).

    Jika Rasulullah saw saja memperoleh ujian dalam menjalankan perjuangan Islam, maka sangatlah wajar kalau kitapun mengalaminya. Dan tentunya, tidaklah patut bagi kita untuk mundur dari perjuangan Islam. Hendaknya kita mencontoh Rasulullah saw dan para sahabat yang senantiasa sabar dan istiqomah dalam perjuangan Islam meskipun ujian dan tantangan itu semakin berat adanya.

    Selain berupa cemoohan, ujian juga biasa datang dalam bentuk tuduhan, tudingan, bahkan juga sebutan-sebutan yang merusak nama baik Islam maupun pejuang Islam itu sendiri. Pada masa perjuangannya, Rasulullah saw bahkan pernah mendapat predikat sebagai “orang gila” dan “tukang sihir”. Berbagai tudingan, tuduhan, dan sebutan buruk pun masih menyelimuti perjuangan Islam hingga saat ini. Banyak sekali mujahid dan para aktivis perjuangan Islam yang saat ini mendapat label fundamentalis, radikal, garis keras, ekstremis, bahkan saat ini para mujahid dakwah Islam telah diidentikkan dengan "teroris", sebuah julukan yang sangat merendahkan citra Islam dan pejuang Islam. Ujian-ujian semacam ini telah diberitakan melalui firman Allah di dalam Al Quran yang artinya:

    “Dan mereka heran karena mereka kedatangan seorang pemberi peringatan dari kalangan mereka, dan orang-orang kafir berkata: ‘Ini adalah seorang ahli sihir yang banyak berdusta’” (QS. Shad [38]:4).

    Pembunuhan karakter dan pencemaran nama baik ini merupakan sebuah usaha untuk menentang perjuangan Islam. Gerakan yang tidak menginginkan tegaknya syariat Islam di muka bumi. Melalui pencemaran nama baik itulah, mereka mengharapkan agar Islam menjadi nama yang senantiasa dibenci oleh masyarakat umum. Mereka berusaha untuk menjatuhkan nama Islam dan menjadikannya sebagai musuh dunia.

    Ujian yang ketiga hadir dalam bentuk intimidasi, penjara, penganiayaan,bahkan sampai kepada pembunuhan. Perjuangan Islam telah membawa Rasulullah saw ke sebuah medan untuk menghadapi ancaman penangkapan, penjara, pengusiran, bahkan aksi-aksi untuk membunuh beliau yang dilakukan oleh kaum kafir. Ujian semacam ini juga dialami oleh Nabi Nuh yang mendapat ancaman rajam dari kaum kafir, dan Nabi Musa yang mendapat akan dipenjara dan dibunuh oleh Firaun, sebagaimana dijelaskan dalam firman berikut:

    “Mereka berkata: ‘Sungguh jika kamu tidak (mau) berhenti hai Nuh, niscaya benar-benar kamu akan termasuk orang-orang yang dirajam’”. (QS Asy Syu’ara [26]:116).

    “Fir'aun berkata: ‘Sungguh jika kamu menyembah Tuhan selain aku, benar-benar aku akan menjadikan kamu salah seorang yang dipenjarakan.’” . (QS. Asy Syu’ara [26]:29)

    “Dan berkata Fir'aun (kepada pembesar-pembesarnya): ‘Biarkanlah aku membunuh Musa dan hendaklah ia memohon kepada Tuhannya, karena sesungguhnya aku khawatir dia akan menukar agamamu atau menimbulkan kerusakan di muka bumi’.”. (QS. Al Mu’min [40]:26)

    Betapapun besar dan mengerikannya ancaman dan penganiayaan yang dilakukan oleh para kaum kafir, namun tidak membuat Rasulullah saw, para Nabi, dan para sahabat gentar ataupun mundur dari perjuangan Islam. Karena janji Allah adalah lebih berharga daripada harta dan nyawa mereka. Janji Allah begitu mulia kepada umatnya yang berjuang dan mengutamakan perjuangan Islam. Dan mereka yakin bahwa Allah swt pasti akan memberikan pertolongan-Nya, sebagaimana firman Allah swt di dalam Al Quran yang artinya:

    “Dan (ingatlah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmun untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.” (QS. Al Anfal [8]:30).

    Ujian yang keempat, adalah ujian yang paling berat bagi umat muslim. Ujian ini berupa bujukan, suap, atau kekuasaan yang senantiasa menggoda dan membayangi nafsu duniawi manusia. Banyak sekali mujahid dakwah yang terpesona akan ujian yang keempat ini. Mereka meninggalkan dan melupakan perjuangan Islam karena silau dan lebih memilih kesenangan duniawi. Harta, tahta, dan wanita telah menutup nurani mereka dan menjauhkannya dari cahaya Islam.

    Mengenai perjuangan Islam ini, Sayyid Quthub berkata: ”Wahai saudara-saudaraku. Jalan dakwah itu dikelilingi oleh makaruh (hal-hal yang tidak disukai), penuh dengan bahaya, dipenjara, dibunuh, diusir, dan dibuang. Barangsiapa ingin memegang suatu prinsip atau menyampaikan dakwah, maka hendaklah itu semua sudah ada dalam perhitungannya. Dan barangsiapa menginginkan dakwah tersebut hanyalah merupakan tamasya yang menyenangkan, kata-kata yang baik, pesta yang besar dan khutbah yang terang dalam kalimat-kalimatnya, maka hendaklah dia menelaah kembali dokumen kehidupan para rasul dan para da`i yang menjadi pengikut mereka, sejak dien ini datang pertama kalinya sampai sekarang ini”.

    Perjuangan Islam bukanlah perkara yang ringan. Allah swt telah menjanjikan balasan yang terbaik bagi mereka yang istiqomah dalam perjuangan Islam. Maka, tentu saja untuk mendapatkan janji yang terbaik dari Allah swt tersebut tidaklah mudah, melainkan penuh dengan ujian, halangan, rintangan, dan berbagai macam perlawanan. Untuk itu, marilah sama-sama kita kuatkan dan luruskan niat dalam perjuangan Islam. Tundukkan pandangan mata dan hati dari segala bentuk duniawi yang akan melemahkan iman dan menidurkan kita dari perjuangan Islam.

    “Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagi mu, jika kamu Mengetahui.” (QS. At Taubah[9]: 41)

    Saturday, January 10, 2009

    ciNta reMaja ZaMaN sEkArAng




    bila disebutkan cinta........terbayang Romeo yg sanggup mati kerana Juliet ........ Cleopatra yg sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony, Uda dan Dara yg ;bersanding; di pusara ATAU Qaisy yg sanggup menjadi majnun@gila kerana terpisah dgn Laila. Itulah kisah cinta yg selalu dipasak ke dalam minda kita melalui filem-filem atau legenda mahuapun dongeng. Namun bedgitu sahabat, realiti yang terjadi pada hari ini, zaman ini.......tidak kurang hebatnya.....bahkan mungkin lebih hebat.




    ISH3 .......Ramai golongan remaja yg sanggup bkn setakat menderhakai....bahkan meninggalkan ibu bapa mereka untuk mengikut
    pujaan hati@ boyfren @couple@ pacar. Bak pepatah melayu: Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan, Buang emak buang saudara, Kerana kasih hamba turutkan. bukan setakat itu.....malah ada yang sanggup menukar agama untuk memiliki cinta.Fuh....manusia tanpa cinta umpama bumi tanpa sang suria.Kalau kita menonton filem-filem hindustan ......kadang-kadang cinta seolah-olah dinobatkan sebagai tuhan...... segala-galanya kerana cinta. Mere mohabbat he!!!





    Rasa cinta bertandang ke dalam jiwa tanpa diundang dan diminta. Keinginan itu tidak perlu dipelajari ataupun dicari. Lelaki menginginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa yang ajaib itu tetap akan datang juga. Betul x? Tidak kuasa hati menolaknya.Apatah lagi jika cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah ia membakar. Bila cinta mencengkam diri.......makan tak kenyang,tidu x lena, mandi pown x basah. Pendek kata.....serba-serbi tak kena. Hu3.

    Golongan bijak panda mengingatkan: Jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia.Pertama, yang sedang lapar, kedua yang sedang sakit dan ketiga ialah orang yang sedang mabuk cinta. Kenapa? Orang yang lapar hanya sedang memikirkan perutnya. Orang yang sakit, sedang derita menanggung sakitnya. Orang yang bercinta pula, hanya memikirkan yang dicintai. dia seolah-olah mabuk dan sedang berada di alam yang lain. Orang nampak dia, tapi dia x nampak orang.....

    Naper? x percaya ker?......Anda pernah terserempak dengan sepasang kekasih di stesn komuter atau bas? Semua orang malu melihat gelagat keterlaluan mereka, tapi mereka x sedar diri..... btol x?
    Mari sama-sama kita bayangkan...sedemikian indah dan damainya syurga. namun Nabi Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman. So....kita anak cucu pewaris rasa cinta.....akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan yang dicinta.bak lirik lagu: rasa cinta psti ada...pada makhluk yang bernyawa.....TP INGAT!!! IA MESTI BERDISIPLIN DAN MENGIKUT PERATURAN.....untuk maklumat lanjut.....ikutilah perkembangan blog ini..hu3 [rujukan; tentang cinta karya pahroi mohd juoi]




    jika ada sesiapa pinta cintamu.......
    katakan ia untuk allah
    rindumu........
    untuk rasulullah
    kasihmu.......
    untuk ibu bapamu

    tetapi
    jika diminta keikhlasanmu.....
    berilah kepada yang tahu menghargai

    Friday, January 9, 2009

    israel.....stop!!! -tanzanian-



    Tanzanian President Jakaya Kikwete has urged Israel and Palestine to look for immediate ways to end the fighting that has so far killed hundreds of people in the region.

    The Tanzanian president, who is serving as the chairman of the African Union, issued the call through a media statement after closed-door talks with the ambassadors of Israel and Palestine at the State House on Thursday.

    President Kikwete said in the statement: "Tanzania believes that there is no military solution to Palestine-Israel conflict and that such actions (ongoing fighting) serve only to increase tension in the region."

    The Tanzanian president added that the killings were horrifying and that only those two sides (Palestine and Israel) have the key to halting the hostilities.

    President Kikwete told Palestinian Ambassador to Tanzania, Nasri Khalid Abu Jaish, that it was crucial that the Hamas should stop its rocket attacks against Israel.

    The president told Israeli Ambassador to Tanzania, Jacob Kdeidar, that the Israeli fury has gone too far and its military actions has provoked vile international reactions in that its actions were causing unjustifiable deaths among the civilians.

    Source:Xinhua

    Tuesday, January 6, 2009

    free PALESTINE


    Cinta Palestin tanda iman dan taqwa

    Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

    Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan - angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak - anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.

    Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

    Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.

    Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya.

    Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.



    ews
    Middle East

    Hundreds die in Israel raid on Gaza

    Residents carry a body out of the Bureij refugee camp [AFP]

    At least 220 Palestinians, including women and children, have been killed in an Israeli aerial bombardment on Hamas security installations.

    Israel launched air attacks across the besieged Gaza Strip on Saturday, threatening that further operations would be carried out.

    Emergency services said that at least 700 people had been wounded.

    Witnesses reported heavy damage as at least 30 missiles were fired.

    Ehud Barak, the Israeli defence minister, said that the operation would not be short.

    "The operation will go on and be intensified as long as necessary," he said on Saturday.

    An Israeli military spokesman added that any "Hamas target is a target".

    As dusk fell, Israel continued to bomb the strip, firing on a metal foundry in the south.

    IN VIDEO

    Hamas "not shaken"
    Salam Fayyad, the Palestinian prime minister, condemned the attack and demanded an immediate cessation.

    Hours after the Israeli assault, Gaza fighters fired home-made rockets into southern Israel, heeding calls by Hamas and other affiliated Palestinian groups to avenge the attacks, unprecedented in their scale.

    One Israeli was killed in the rocket fire, medics said.

    Taher al-Noono, a Hamas spokesman, described Israel's operation as a "massacre", adding: "However, our resolve cannot be dented and cannot be shaken. We will continue our struggle with absolute strength and steadfastness."

    Islam Shahwan, a Hamas police spokesman, said a police graduation ceremony in Gaza City was struck by Israel. Among those killed was Tawfiq Jabber, the Gaza chief of police.

    The Hamas-run interior ministry said all security compounds in the Strip had been destroyed.

    Gaza is densely populated. Its 1.5 million residents area already experiencing shortages in medicine, power and basic supplies due to 18 months of an Israeli blockade.

    'War crimes'

    Mahmoud Abbas, the Palestinian president and leader of Fatah, condemned the "aggression" in Gaza.

    Smoke billowed into the air above the Gaza Strip [AFP]
    Mousa Abu Morzouz, the deputy leader of Hamas, told Al Jazeera: "Until now the aggression didn't stop ... they are targeting all the police headquarters and offices.

    "We will defend our people, we will retaliate against this aggression ... our military will retaliate."

    Morzouz called on the world's most powerful nations to condemn the attacks: "Nobody in this world can accept what happened and the Israeli aggression ... [we expect] the international community to stand against this and say that it is not acceptable."

    Mustafa Barghouthi, the former Palestinian information minister, said: "This is not an attack on the Hamas. It is an attack on the whole population and the free will of the people of Gaza."

    He accused Israel of committing "war crimes" and demanded that Abbas and his government stop all relations with Israel.



    Jom hiJrAh !!!


    Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

    Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

    Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

    Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.

    Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.

    Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

    Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.

    Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya.Salam Awal Muharam.

    Thursday, January 1, 2009

    ReLaKs......JoM mAeN tEkA-tEki

    Penat kerja kan? Kita jawab teka-teki dulu ya. Release tension you…

    Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
    Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

    Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
    Jawapan: Seluar dalam ler.. haha…

    Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
    Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

    Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
    Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

    Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
    Teka.. teka.. kalo terer!
    Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!

    Teka-teki: Bulu bertemu bulu… kulit bertemu kulit… makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
    Jawablah kalau bijak sangat!
    Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

    Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
    Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

    Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
    Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’

    Teka-teki: Scorpion kaler apa?
    Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

    Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
    Jawapan: Kerani

    Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
    Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

    Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
    Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi… soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

    Hampeh.

    ALLAHU AKHBAR......NAUZUBILLAHU MINZALIK

    JENAZAH BERTUKAR MENJADI BABI

    Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

    "Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

    Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

    Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.
    Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya
    selama hidupnya.

    "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."