ogpih

ogpih
gcuk

Monday, February 28, 2011

Salam takziah


Bekas perdana menteri berjiwa islamik,
Necmettin Erbaken telah meninggal dunia petang ahad lalu akibat
komplikasi jantung dan kegagalan sistem pernafasan.

Tp.....
Siapakah insan yang bernama Necmettin Erbaken?
Cek pun tertanya-tanya

Nak tau x apa yang dikatakan oleh presiden pas,
Tuan Haji Abdul Hadi ttg Necmettin Erbaken?

Katanya, Necmettin adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan (gambar) ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.

Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.

Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 hingga 1997.

Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.

Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.

AL FAATIHAH.

sumber: Harakah dan Malaysia harmoni

Saturday, February 26, 2011

Kreatif juga rupanya.......


Nak dengar cerita?
X nak?
Macam biase ar....
Nok cerita jugak....
hua3

Pada suatu hari, akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba.
Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit
ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.

Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.
"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh, padahal kau amat benci kepada org yg solat?"
"Aku bimbang sekirannya kau terlewat bangun subuh," jawab syaitan.
Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya,"Kenapa?"

Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada org yg takutkan Allah.
"Aku takut jika kau terlewat solat subuh, kau akn menampung kelewatan itu dengan amalan2 yang lebih banyak dan lebih serius,"kata syaitan.

Tambah syaitan itu lg, "Kau akn bersedekah,membantu orang lain, mengajar lebih lama,
membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti,
aku dan kawan2 ku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar.
Jadi lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan tepaksa menghadapi bnyk kerja untuk menyekat amalan2 baikmu itu nnti."

Kita?
subuh pom x g masjid op
huhuhuhuhuhuhu

wah2
Tengoklah betapa kreatifnya syaitan untuk menyesatkan manusia
Dah lar kreatif
inovatif plak tu
kalau buat projek sem pom menang ney
kuang3

Jadi sama-samalah kita berhati-hati ya
Jangan tertipu
Ingat!
Matlamat x menghalalkan cara!
Yang batil ttp batil dan yang haq tetap haq
Jangan menghalalkan apa yang haram sesuka hati!
dan
Sama-samalah menyuruh kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran....

Thursday, February 24, 2011

Nak ALLAh sayang?


Nak Allah sayang?
Kalau gitu.....
Kita kena jadi org yang dicintai oleh Allah
Siapakah yang disayangi oleh Allah?

# Orang yang bertaqwa
Allah berfirman yang bermaksud: "sesungguhnnya Allah menyukai orang yang bertaqwa."
(surah Al-Tawbah 9:4)

# Orang yang cepat2 bertaubat
Allah berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (surah al-Baarah 2:222)

# Orang yang adil
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnnya Allah menyukai orang yang berlaku adil."
(surah al-Mumtahanah 60:8)

#Orang yang bertawakal
Allah berfirman yang bermaksud:"Kemudian apabila kamu telah mebuat tekad, maka bertawakallah kpd Allah. Sesungguhnya Allah menyukai org yang bertawakal
kepada-Nya". (surah Ali"Imran 3:159)

# Orang yg berbuat kebaikan
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai org yang berbuat baik."
(surah al-Baqarah 2:195)

# Orang berjuang pd jalan Allah
Allah berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yg yersusun kukuh."(surah al-Saff 61:4)

Wednesday, February 23, 2011

Jangan takut gagal!



Jangan takut gagal?
Kenapa?
Nak tau x?
Sebenarnnya gagal dan usaha itu adalah tangga menuju kejayaan!

Pengasas syarikat komputer gergasi IBM pernah ditanya, "Bagaimanakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas"? Jawabnnya, "Gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!"

tgk?
selain itu teringat cek tentang kata-kata yang diungkapkan oleh Irfan Khairi

"JANGAN TAKUT
KEGAGALAN
KERANA
TAKUT KEGAGALAN
BERMAKNA
MENGHINDARI KEJAYAAN.

KEGAGALAN
MENGAJAR KITA
KEKUATAN.
TAKUT KEPADA
KEGAGALAN
MENGAJAR KITA
UNTUK
TERUS GAGAL."

Btol tu
lg pom ingat x?
usaha tangga kejayaan
Agama kita juga telah menetapkan formula untuk berjaya
iaitu AZAM@USAHA dan TAWAKKAL
Ingatlah bahawa kejayaan x akan dtg bergolek
Kalau x percaya tanye lah kepada orang yang telah berjaya
Nak tau x?
Irfan Khairi yang merupakan seorang jutawan juga telah mengakui bahawa
bukan senang nak jd jutawan
Banyak cabaran yang perlu ditempuhi

Kenal x Jackie Chan?
Ikon Asia yang sangat popular di mata dunia
diminati oleh semua golongan
x kira kanak-kanak mahupun dewasa
Cek sendiri pon suka tgk aksi2 dia

namun......
adakah ia semudah yang difikirkan?
beliau berusaha untuk mempelajari taekwando, judo, ,wing chung dll
selama 18 jam sehari

begitu juga dengan org2 lain yg telah berjaya
Dato Lee Chong Wei
Nicole Ann David
Lance Arm Strong
semuanya berjaya dengan mandi peluh

Teringat plop cek pada satu lirik nasyid
BERJUANG MMG PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS
Lihatlah perjuangan Insan mulia NABI MUHAMMAD S.A.W
Perjuangan baginda amat payah
pada mulanya baginda
dihina
dicaci
dilempar najis
diludah
dll

Namun,
berkat kesabaran dan iman yang tinggi
lihatlah Islam kini
tersebar ke seluruh negara
malah
Islam pernah menguasai 2/3 dunia
Dan melahirkan tokoh2 yang hebat
Al-Haitami
Al-Jazari
Ibn Sina
Al-Ghazali
dan lain2
Merekalah yang mencipta pelbagai teknologi n ideologi
Yang digunakan sehingga kini

Monday, February 21, 2011

Ampunkan kami YA GHAFUR!


YA ALLAH
Tuhan pencipta sekalian alam
Tuhan yang memberikan cahaya kepada matahari untuk menyinari seluruh alam
Engkaulah yang maha esa
Engkaulah yang memberikan kehidupan ini kepada kami
Engkau memberikan pelbagai nikmat kepada kami
Tidak terkira nikmat yang engkau berikan Ya ALLAH
Iman
Islam
Duit
Harta benda
Rupa paras yang elok
Anggota badan yang sempurna


Lihat saja oxygen yang engkau berikan setiap saat kpd kami
Tanpa bayaran!
Oh......
Sungguh pemurahnnya engkau ya tuhan

Namun.........
Ntah mengapa kami masih buta
dikaburi dengan dunia yang begitu indah ini
Saban hari kami melakukan perkara2 yang dilarang olehmu
Tanpa takut
tanpa menggunakan sebaiknnya akal yg engkau berikan ini

Ya Allah
Tuhan yang Maha Pengampun
Ampunkanlah kami
Berilah peluang kpd kami untuk berubah
Sinarilah hati dan wajah kami dgn nur mu
berikan hidayah mu kpd kami
Berikan kpd kami
Keimanan para rasul
Sabar dalam menghadapi ujian
Cinta kepadamu melebihi segalanya
Sentiasa mengingatimu setiap masa
Ketika susah
ketika senang............

Jadikanlah kami hamba yang bersyukur
Lembutkanlah hati kami supaya kami boleh menangis dalam solat
sentiasa solat malam
sentiasa solat dhuha
Jadikanlah kami orang yang hebat seperti
Sultan Muhammad Al-fateh yg dpt menawan kota Kotanstinopel
Ketika berusia 23 thn
TariQ Ziyad
Salahuddin al-ayubi
Dan lain2

amin......

Saturday, February 19, 2011

tanda2 orang yang medapat nur


Semalam cek sempat mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan oleh ust Azhar
Bkn ustaz Azhar Idrus tu....
Ney ust Azhar len
Tp best gop
Orang yang namer Azhar ney memang hebat lar
huhuhuhuhu

walaupun cek sampai lmbt cket
tp smpt ar gak dgr
Mlm tu Ust Azhar cerita psl ciri2 orang yang mendapat nur hidayah dr Allah

Mafhum sabda Rasulullah: Apabila nur Allah masuk ke dlm hati, nescaya ia menjadikan hati itu luas dan lapang. Kemudian ada sahabat Rasulullah yang ber tanya: Adakah alamat ttg
orang yang hati nya dimsuki oleh nur ini wahai Rasulullah?
Rsulullah menjawab yang mafhumnya berbunyi: Ya ada! orang yang masuk nur Allah ni dia menjauhkan diri dari kefanaan dunia n kembali kepada akhirat dan bersiap sedia untuk mati.

Menjadikan hati luas dan lapang?
Menjauhkan diri drpd kefanaan dunia dan kembali kepada akhirat?
Bersiap sedia untuk mati?

MENJADIKAN HATI LUAS DAN LAPANG?
Orang yang beriman yang ader nur hidayah dlm dada mereka ney mereka sentiasa tenang
dan sabar dalam menghadapi ujian. teringat cek kpd sabda Rasulullah, mafhumnya: Kehidupan di dunia ini adalah neraka bg org yang beriman dan syurga bg orang yang tidak beriman@kafir.
Lihat sendiri lar perjuangan Rasulullah, para sahabat dan ulama-ulama terdahulu, mereka menempuh onak dan duri untuk menegakkan agama Allah.

MENJAUHKAN DIRI DR KEFANAAN DUNIA DAN KEMBALI KPD AKHIRAT?
Mereka lebih mengutamakan akhirat dr dunia. Namun, ia tidak bermakna yang mereka meninggalkan dunia terus! tp.....mereka menggunakn dunia dengan sebaiknnya sbg jambatan
menuju akhirat. Ketika orang azan subuh, mereka bgn untuk solat berjemaah di masjid dan bukannya masih dibuai mmpi! Tp kita?
Sebab itu lah pentingnya untuk kita beruzlah. Uzlah? ya! kita perlu muhasabah diri, mengasingkan diri kita, bertafakkur, fikir btol2......saper kita? dr mana kita?
dan ke mana kita akn pergi?
Untuk menjadikan kita syg kepada akhirat ney....
Kita perlulah cinta kpd Allah dan rasul melebihi segalanya
tp....
cinta itu x kan hadir jika kita tidak knl mereka!
Bak kata orang, x knl maka x cinta!

BERSIAP SEDIA UNTUK MAUT?
Apa lagi yang mnjadi bekalan untuk alam akhirat kecuali......
Amalan kita!
Orang yang mendapat hidayah ini.....
Mereka melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.
Solat bejemaah di msjid......dan lain2
Mereka sentiasa menang apabila berperang dengan syaitan dan nafsu.

jd?
Adakah kita ada sifat2 tu?
Fikir-fikirkanlah.................

Friday, February 18, 2011

Nak mimpikan Rasulullah?


Teringat cek ttg satu cerita yang cek bc dalam majalah solusi
Cerita ye lebih kurang mcm ney ar

Pada zaman dahulu
Ada seorang tu
Dia teringin sgt nk mimpikn Rasulullah
jd.....
Dia pergi berjumpa dengan seorang ahli sufi ker tok guru gitu ar
kire orang yang hebat jugak ar

mr x: Bolehkah tuan ajarkan saya suatu ilmu supaya saya dapat mimpikan rasulullah?
Tok guru: Baiklah......kamu balik ke rumah dan jgn minum stitik air pun mulai sekarang
se lagi.....makn garam sebelum kamu tidur...

Lalu orang tu pun balik ke rumah n buat seperti apa yanh disuruh oleh tok guru tu
Dia berasa sangat dahaga
pada malam kedua......
dia bermimpi berada di sebuah kawasan air terjun dan
dia minum air tu sepuas-puasnya

keesokannya
lelaki tu pergi semula berjumpa dengan tok guru tu
dan dia menceritakannya kpd tok guru tu

Tok guru: haaa....begitu lar kalau kamu nk mimpikan rasulullah
kamu perlu sangat rindu dan cintakan rasulullah sebagaimana kamu
kebulurkan air tu


Wah.....
Ssh ar gitu kan?
huhuhuhuhu
Selama ney?

Ada kita ingat rasulullah sebelum tidur?
Ader kita ridukan baginda?
Igt awek ader ar op
hua3
Fikir-fikirkanlah

Thursday, February 17, 2011

baGInda sgt SAyangKn KIta


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Wah....Wah......
hebat sungguh cinta baginda terhadap kita
kita?
adakah kita turut mencintai baginda?

berapa kali kita berselawat keatas baginda dalam sehari?
telahkah kita beli kitab2 yang mengandungi hadis2 baginda
adakah kita mengamalkan sunnah2 baginda?

Apakah yang tertulis di dada2 akhbar?
buang bayi......
datuk rogol cucu...
rasuah....

sahabat......
bayangkan perasaan baginda......

jd.....
mari sama2 kita berubah
mulai diri sendiri
keluarga
sahabat
masyarakat
dan negara

Monday, February 14, 2011

MAULIDUR RASUL SEMAI CINTA KEPADA NABI !




Cuaca hari ini sungguh cantik
Sekejap hujan sekejap tidak
Kalau hujan pon renyai2 jer.......

Sudah sekian lama umpama kemarau
Cek tidak pergi solat subuh di masjid
huhuhuhuhuhuhuhuhuhu
ntah mcm maner ari ney boleh pergi

owh
Hari ney MAULIDUR RASUL
ader berarak kt msjid (x g pom...kuang3)
Dalam tv pon mcm2
Program khas MALIDUR RASUL lar
Sekarang pulak AL-KULIAH khas sempena MAULIDUR RASUL

Hebat kan?
Baginda rasulullah juga merupakan seorang yang sangat hebat
Bagindalah kekasih Allah
Wajahnya.....
Jasadnya......
Akhlaknya....
Strateginya....
Ketabahannya....
memukau hati kita

Di saat kelahiran pon pelbagai keajaiban berlaku.......

# Semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

# Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

# Peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

# Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

# Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan. Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

# Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

# Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

# Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

# Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.
Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

# Dan mungkin macam2 lg

WOW!
jd nyer......
pada hari mulia ney
marilah kita berhijrah

mr kita cintakan RASULULLAH
sentiasa berselawat ke atas baginda
menghidupkan sunnah2 baginda!

Wednesday, February 9, 2011

SINGa Dan maNUsIA


Nak dengar cerita x?
biarla x nk dengar powm.....
nk cirita jugak.....
hak3

Once upon a time,
tggl dalam sebuah hutan 2 ekor singa
seekor bapak singa dan seekor lagi anak bapak tu
one day,
bapak singa menasihati anaknya

BAPAK: wahai anak bapak
ANAK: ye bapak, kenaper?
BAPAK: jgn dekat dengan manusia neh....
ANAK: bakper bapak?
BAPAK: nak tahu x?
ANAK: nak lar bapak. bagi tau lar pak....
BAPAK: Sebab diorang ader senjata yang sangat hebat!
ANAK: Aper pak? M19?
BAPAK: Bukan lar......kalau diorang pakai M19 kita boleh pakai baju kalis peluru....kuang3
ANAK: Dah tu?
BAPAK: Diorang ada

A
K
A
L

= AKAL

Next day,
Anak singa pergi ambil angin di hutan. Dia terjumpa dengan seorang manusia. Ting!
Dia teringat akan pesan bapaknnya. Lalu.....Dia pun bertanya kepada manusia itu.
Dia pun tanyer kt manusia tu lagi. Boleh x tunjukkan dia akal. Manusia tu ckp dekt anak singa yang akal dia tertinggal kat rumah. Manusia tu ckp dekt anak singa.
Awak kena bg saya balik dulu baru saya boleh tunjuk
anak singa tu pun ckp,
nnti kalau balik kita x jumpa plak
manu sia tu pun ckp
x per la....awk duk jer kt sini...Nnti saya tmbt awk!
Manusia tu pun ikat anak singa tu
Manusia tu datang balik n
pukul anak singa tu smpai mati
pastu....
tiba2....
anak singa tu hidup balik
hahahaha....gurau jer
mati maner boleh hidup blk doh
kuang3

Jadinya?
Apa beza kita dengan haiwan?
Ya!
Tepat sekali!
kita ada akal!

Apa pula persamaan manusia dan haiwan?
kaki?
mata?

Jawapan yang paling tepat ialah
NALURI

Mnusia dan haiwan mempunyai naluri atau nafsu ney
ingat.....
Kalau naluri ney tidak dipandu oleh akal dengan cara yang terbaik
manusia boleh jadi lebih teruk dari haiwan!
Isu buang anak......
Ada ker haiwan buang anak?
huhuhuhuhuhuhuhuhu

Monday, February 7, 2011

PMGANU 2011




pmganu?
best ker?
best ar.......
huhuhuhuhuhuhuhuhu

sedap gok program ney.....
program ney start ari khamis lps sampai ari sbtu
lps daftar ada taklimat
ptg tu.....
dah start program.....

hahahahahaha
kalau x silap permainan per tama pintu doremon......
lps tu
kitaorang kene passing biskut guner mulut......
dari depan ke belakang dan kembali ker depan
biskut kumpulan cek hancur......
hua3

nk tau x?
ader satu lg hok best?
kiteorang kene passing biskut ke belakang dan kembali semula ke depan
guna PIPI
huhuhuhuhuhuhuhu
hancur gok.....

ader satu agy........
tau dop?
kene cari ahli kumpulan dengan gaya
macm2 gaya ader
sombong
menangis
kelip mata
ketawa
senyum
huhuhuhuhuhuhuhu

bnyk agy ar aktiviti2 best
dragon ball lar
dan lain2

aktiviti dan program yang diadakan bukan saja-saja!
banyak manfaatnya......
KERJASAMA
TOLONG MENOLONG
TELITI
DENGAR ARAHAN
SAYANGI SAHABAT
KENAL RAMAI ORANG
BERANI BERCAKAP DI HADAPAN
mcm2 lg lar

pendek citer.......
best giler......
selain tu.....
dpt tau psl
PKPIM n ABIM

Kesimpulannya,kalau ada lagi tahun depan
sertailah!

program ney mendidik kita
untuk jadi seorang mahasiswa yang cemerlang
DUNIA DAN AKHIRAT!

Sunday, February 6, 2011

SerBan Dan ToK GURU

Assalamualaikum.......

Pejam celik dah dlm 5 hari x update blog op

Sowie ar.......

Ari khamis ari tu g PMGANU

Boleh tahan program tu.......

Psl program tu nnti ar cerite neh

Serban dan tok guru?

Nk tau x cerita Nasruddin hoja yg lain?

Pernah suatu ketika, semasa Nasrettin Hoca masuk ke sebuah kampung, dia telah dikerumuni oleh sekumpulan pemuda yang datang membawa kitab.

“Kamu nak apa?” tanyanya kepada pemuda-pemuda itu.

“Kami mahu mengaji kitab, mahu menadah ilmu darimu wahai Tuan Guru,” jawab mereka.

“Macam mana kamu boleh tahu yang aku ini seorang Tuan Guru?” tanya Nasrettin Hoca kepada pemuda-pemuda yang mengerumuninya itu.

“Kami percaya kamu adalah seorang Tuan Guru sebab serban kamu yang besar dan hebat,” kata mereka.

“Oh, kamu anggap aku ini guru kamu sebab serban aku ya. Baiklah. Nah, ambil ini dan belajarlah dari keldaiku!”, kata Nasrettin Hoca sambil menanggalkan serbannya lalu dipakaikan di kepala keldainya.

“Hari ini, Tuan Guru kamu adalah keldaiku. Keldai berserban ini”, kata Nasrettin Hoca. Pemuda itu terlopong semuanya.

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu

Kesimpulannya?

Apa yang ingin diutarakan oleh Nasruddin?

Pada pendapat cek lar

Jgn sangka semua orang yang berjubah dan berserban itu baik, alim, dan jujur. Begitu juga lar sebaliknya........Jangan sangka orang yang x berserban dan berjubah itu orang yang jahil, keji. Blh jadi seorang cleaner itu lebih disayangi oleh Allah drpd seorang yang bergelar Dato, Tan Sri dan sebagainnya.

Jangan hanya memandang luaran seseorang! Jangan merendahkan org yang lebih rendah pangkat@jawatannya drpd kita!
Jangan menghina seorang pekebun!
Jangan menghina seorang cleaner!
jangan menghina seorang orang gaji!
Jangan menghina seorang yang miskin!

kenapa?
mungkin mereka lebih baik darpd kita.........



Tuesday, February 1, 2011

BeRhATi-Hati PILIh jersi


Duk belek2 surat khabar semalam
surat khabar berita harian
cek tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh
MUHAMMAD ASYRAF
saper ney?
lol......
Abg Asyraf imam muda tu lar
artikel tu berkenaan dengan panduan berpakaian
menurut ISLAM.

k
x kira lelaki mahupun perempuan
remaja sekarang semakin berminat dengan sukan bola sepak
kita akan menjadi begitu fanati sehingga
kita membeli jersi pasukan berkenaan
untuk menunjukkan minat kita terhadap mereka op

contoh pasukan yg kita minat
manchester united
chelsea
arsenal
liverpoolmanchester city
barcelona
real madrid
dan lain2

tau dop?
skang ney
liga england MU no 1
ARSENAL no 2
MANCHESTER CITY no3
CHELSEA plop no 4
huhuhuhu

berbalik kpd topik td
kita perlulah berhati-hati memilih jersi
naper?
keran kita org islam
dan ISLAM ITU INDAH
setiap suruhan dan larangannya
mempunyai 1001 hikmah yang tersembunyi
antara gari panduan yg perlu kita patuhi ialah

#menutup aurat

#tidak jarang sehingga menampakkan kulit tubuh

#pakaian juga tidak sendat sehingga menampakkan aurat

#tidak menyerupai perempuan bg lelaki dan sebaliknya bg perempuan

#tidak berlebihan atau menzahirkan kesombongan

#bukan diperbuat drpd material yang diharamkan

#tidak menyerupai pakaian golongan kafir atau fasik

apa kaitannya dengan jersi?
kita perlulah berhati-hati dalam memilih jersi
JGN MEMBELI JERSI YG MEMPUNYAI LAMBANG YG MENYERUPAI AGAMA LAIN!
contohnya lambang salib

banyak hadis yang menunjukkan larangan
memakai lambang salib
Saidina Ali pernah berkata
Rasulullah pernah bersabda:
"JAUHILAH KAMU DARIPADA MEMAKAI PAKAIAN PARA RAHIB.
SESIAPA YANG MEMAKAI PAKAIAN SEPERTI
MEREKA ATAU MENYERUPAI MEREKA,
DIA BUKAN DARIPADAKU".

diriwayatkanjuga dari Adi bin Hatim,
aku mendatangi Rasulullah sementara di leherku ada salib daripada emas.
maka baginda bersabda "BUANGLAH BERHALA ITU DARIPADA KAMU".(al mausuah al fiqhiyah)

as the conclusion,
setiap muslim perlu menanggalkan pakaian itu
malah tidak boleh baginya mengambil salib baik untuk digantung atau tidak
dipasang atau tidak dipasang
juga tidak boleh menampakkan syiar itu kepada umum dan
menampalkan di bajunya!

Namun
ada yang berdalih bahawa ia berdasarkan niat
tp ingat
NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!
apatah lagi yg berkenaan akidah

kita sering berkata
"TIADA TUHAN MELAIN ALLAH"
"AKU MENCINTAI ALLAH MELEBIHI SEGALANYA"
namun?
adakah kita tewas dengan "MINAT" dan "SOKONG"?
same2 lar pikir.........