ogpih

ogpih
gcuk

Saturday, July 28, 2012

YA ALLAH YA GHAFUR



Ya Allah......
Aku hamba mu yang hina
Engkau beri aku mata
Tapi aku tengok benda2 lagho
Engkau beri aku telinga 
Tapi aku dengar benda2 yang x elok
Engkau beri aku mulut
Tapiii.......
Aku mengumpat!
Cakap perkataan2 yang keji!
Hina orang itu!
Tuduh Orang Ini!

Engkau beri aku hati
Tapi hati ini sentiasa lalai denganmu Ya Allah
Jarang sekali hati ini menangis kerana rindukanmu
Jarang sekali hati ini syahdu meridui Rasulmu
   
Engkau bagi aku anggota badan
Tapi aku gunakannya untuk perkara2 maksiat
Aku pernah bertaubat tapi....
Buat lagi!
brataubat dan.....buat lagi!

Ya Allah
Masih tempat untukku di sisimu?
Layakkah Aku untuk memasuki syurgamu
Aku harap jawapannya ialah 
Ya
Sebelum......



            


Friday, July 20, 2012

SaLAm RAmadHan :)






Tut3 ( mesej masuk)


Selamat datang ke penerbangan RAMADHAN AIR 
menuju destinasi AIDILFITRI
dengan no penerbangan 1433 H
Kita akan menempuh penerbangan berjarak 30 hari

Sila tegakkan kerusi IMAN
dan sandarkan TAQWA
Tali pinggang ZIKIR,TAHAJJUD dan SEDEKAH
Pilot anda AL-QURAN dan Co-pilot AL-SUNNAH
Bersama pramugari RAHMAH, MAGHFIRAH dan JANNAH

Selamat menyambut RAMADHAN AL MUBARAK...
Maaf zahir batin aidhan


Mesej yang aku dapat semalam daripada seorang sahabat ini
membuat aku tersenyum :)
Saat yang dinantikan telah tiba
Bulan yang penuh barakah ini telah datang

JOm sama2 kita ubah jadual harian kita pada bulan ini
Jika sebelum ini....

Pagi2 duk tido je, Jom kita baca AL-QURAN pada pagi hari
di bulan RAMADHAN

Tengah hari duk maen game, fb dan tgk tv je...
Mulai sekarang jom kita hiasi tgh hari kita dengan ibadat
seperti sedekah, tolong ibu bapa, kemas rumah, baca buku
dan lain2

Malam?
DUk tgk drama,filem dll
Jom kita Solat Terawih, Tahajjud, zikir dan munajat 
kepada yang Maha Esa
Tanda syukur atas segala nikmatnya

Sahabat2...
Jom kita cari rahmat, maghfrah dan kebebasan dari api neraka
dan....
Lailatul Qadar ;)



Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)


Sunday, July 15, 2012

TOMBO ATI







Assalamualaikum :)
Sory la kerana lama x update blog
Hari ini aku terasa nak tulis pasal " Tombo Ati"
Bukan tombo pintu tu ea :P

Petikan drpd hadis Rasulullah S.A.W :
Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)

Sahabat2....
Hati adalah king kpd badan kita.
Orang yg soleh?
Mestila hati dia bersih :)

Seorang wali Allah, Syeikh Maulana Maqdum
atau lebih dikenali sbg Sunan Bonang
di kalangan muslim Indonesia membuat
satu himpunan nasihat yang very berharga

Nasihat itu dikenali sebagai " Tombo Ati"
yang bermaksud terapi@ubat hati







5 perkara telah digariskan:

1. MEMBACA AL-QURAN BESERTA MAKNANYA
    - sama2 kita muhasabah diri kita....brp kali kita belek Quran dlm sehari?
       kalau baca pun....faham k? Lebih teruk lagi kalau dlm sehari x baca langsung.
       Patut la hati kita sakit....huuu

2. MELAZIMKAN SOLAT TAHAJUD
    kita? huu ak sendiri pun dah lama sgt2 x tahajud..kuang3
    Subuh pom jeng koy lg...hua3

3. BERKUMPUL DENGAN ORANG2 SOLEH
    huuu ney x...nampak orang buat baek sikit kite cakap
dia bajet baek, riak la...ish3

4. ZIKIR MALAM YANG PANJANG
   huu....same2 cube praktik ye :)

5. PERUT SELALU DALAM KEADAAN LAPAR
    huuu...kita? lepas mkn...mkn lagi...pastu tido...elok sgt la
    kadang2 sampai 2,3 kali tambah :P

Sama2 kita try praktik 5 petua ney....jangan badan jer nak sehat...
kadang2 ad orang tu sggup luangkan 3 jam sehari untuk bina badan biar ad
six pax... hhahhhaahah
hati?

sama2 pikirkan :)