ogpih

ogpih
gcuk

Friday, August 31, 2012

ANDAI RASULULLAH MELIHAT AKU BERFACEBOOK











Assalamualaikum.

Jumpa article yang menarik ni kt Fb tadi..

Sama2 fikirkan :)


~>ANDAI RASULULLAH MELIHAT AKU BERFACEBOOK<~

Assalamualaikum. Saya cuma nak kongsi sedikit perkongsian. Tajuknya ‘Andai Rasulullah 

s.a.w Melihat Aku Berfacebook’. Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu?
Seperti yang kita tahu, setiap se

suatu ada ’pro and cons’nya kan? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?

Kawan usrah cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap 
“disebabkan kitafriend dengan bermacam umur manusia,so sedikit sebanyak kita dapat tahu 
apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat info sikit pasal U.” Hah, ada jugak 
yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap 
Islam. Dan dia cerita pengalaman dia ber’chatting’ dengan seorang kristian.


*Muslimah Dan Facebook*

Nampak tak sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan melalui tajuk tu?

Ok, begini ya Rakan-rakan. Kalaulah kan, seandainya Rasulullah s.a.w masih ada, bersama 
kita, melihat kita.. agak-agak macam mana? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni 
dengan apa yang kita buat. Peringatan, BILA KITA BERFACEBOOK, Agak-agak kena puji 
atau kena tegur?

Sebelum tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan facebook kita. Bermanfaat untuk 
orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat facebook? Kalau dah tutup aurat pun, masih 
berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar 
tayang sesuka hati? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu. Cuba check!

Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber ‘facebook’ ni, agak-agak kena puji 
tak? Masa nak berfacebook tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran status anda? Banyak jenis 
orang di facebook ni. Ada yang buat facebook macam diari.

“Facebook aku, suka hati aku la nak post apa pun!”


Kemudian, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang 
faham apa yang wajib dia faham, pun ter’jerumus’ dalam the bad side of Facebook. The bad 
side of Facebook? Muslimah? macam mana tu? Begini..

Bagaiman syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak 
macam baik. Faham kan?

Contoh mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana pun tak 
tau la.

“Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua 
kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling 
mencintai kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwahfillah? Ha, ye la tu. Tak dosa. Kami 
tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan 
taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau.”

Betul ke ni?

Contoh dalam facebook. Kita post status dengan genre Islamik, Kemudian ada la rijal mari 
bertandang,

“Baguslah enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah 
pilihanconfirm menang ni.”
“Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk 
Imam Muda, mesti kalah semua orang.”
Nampak?

Wahai saudara/saudari ku! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni? Kemudian kalau ikhwan 
tu tiba-tiba jadi mesra, mula la nak bersalah sangka, “Eh,dia ni. Nampak je waro’ tapi miang 
jugak.” “Tak sangka dia berani nak hint-hint aku. Dia sedar tak aku ni siapa, dia tu siapa?”

Hmm, Kasihan muslimin. Dipersalah terus menerus. Saudari, jangan salah faham. Bukan 
saya nak back up pakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara tu salah 
kita sebenarnya.

Seterusnya, post status cinta. Semua status dia tu bertemakan cinta. Cinta islamik popular 
sekarang ni kat facebook kan? Banyak page-page cinta islamik.

Malah, Buka sahaja facebook. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang 
bercerita soal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.

“Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka 
hilanglah cintaku padamu.”

Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.

“Aku menunggumu kerana Allah.”

Remaja, Jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da’ie itu bukan membuang masanya 
dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati 
sedang memujuk nafsu agar mendekati.

Jangan salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah sebenarnya kalau cinta 
berlandaskan iman. Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap 
ummah macam ni. Subhanallah. Musuh islam pun gerun tengok kita.

Ada jugak yang spesis ‘aku like kau, kau like aku’. Tiap-tiap status dia like. Macam pelik je, 
status yang tak menarik pun di ‘like’. Ni like status ke like tuan status? Status sesama gender 
tu kurang pula dia nak like. Status yang different gender tu juga dia nak like. Apa tuh orang 
kata, macam magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru 
boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala. Magnet tak kenal halal 
haram. Tapi yang kita ni. Sepatutnya dah terlebih faham kan.

Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-
terangan sampai nampak segala jerawat. Muslimah, Walaupun awak tutup aurat dengan 
sempurna sekalipun, jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar 
sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang Lelaki tu fikir . Jadi jagalah 
perlakuan kamu, mahalkanlah mahar maruah kamu wahai Muslimah.

Kemudian, untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya nampak mata sahaja, janganlah 
kamu ambil gambar yang agak ‘melampau’. Bimbang nanti terpesong niat pula. Moga 
dijauhkan. Kita berniqab kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Jadi, 
rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqab yang agak jelas. Gambar individual, 
kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas keindahan 
mata yang mempesonakan. (Sila jangan marah ya )

Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook, apakah reaksinya?

Kecewakah dia denganku? 
Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..


Thursday, August 30, 2012

Ust Azhar - ERTI KEMERDEKAAN

video
                           ( sila stop pemain muzik di sebelah kanan blog dahulu untuk melihat video )

Saturday, August 18, 2012

SELAmat Hari Raya MaaF ZAHIr BATIN




Asssalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Dah masuk 1 Syawal
Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua :)

Sunday, August 5, 2012

Antara Olympik dan Solat??

5/8/2012

Aku baru selesai berbuka puasa dan mandi
Aku naik ke aras 3 untuk jalan2 tgk kawan2 :)
Aku masuk ke satu bilik ni yang ak biase masuk kalau bosan
Ade tv :)

Kelihatan agak ramai dalam bilik tu
Dato Lee Chong Wei tgh lawan dgn Lin Dan
Final badminton Olympic
Masa tu baru 8.30 mlm
Isyak plak dalm pukul 8.50 mcm tu la
Ak pun join tgk :)

Sengit sungguh...
Mas telah menang satu set
Manakala set kedua pulak (yg ak sempat tgk)
Mas kalah...hua3

Set ke3 bermula
Jam dah 8.55....
Aku rasa serba salah

Aku Angkat kaki dan sound sepatoh
" Weh Isyak, teraweh weh"
Tapi seperti x diendahkan....huuu

Aku terus berjalan menuju ke masjid
Tapi mereka?
Dengan mandi nye belum.....huu

Antara final badminton dan solat Isyak, Terawih berjemaah di masjid?
Yang mana wajar diutamakan?
Persoalan ini tiba2 timbul di benakku

Teringat aku tentang Fiqh Aulawiyyah yg selalu dikuliahkan
oleh Ust Wan Mohd Nor, seorang ustaz yg cukup ku kagumi
Pernah belajar di Syria, Mesir dan kini sedang sambung master
di UIA ke USIM gitu la...

Kalau ikut kaedah Fiqh Aulawiyyah,
Utamakan yang wajib daripada yang sunat

Antara badminton....




Dan Solat Isyak dan Terawih di masjid???


                                      

Solat Isyak berjemaah?
Ada pendapat kata sunnat muakkad dan ada yg kata wajib selagi dengar azan
Banyak hikmah solat jemaah ni...kalau nak cerita boleh buat buku

Solat terawih?
Sunat kan....
Dah la dlm bulan Ramadhan je ada
Sepatutnya guna la peluang ni

Badminton?
Dapat pahala?
Kenyang?
Apa hukum berhibur sampai lalai...lupa ibadat?
fikir-fikirkanlah :)

Jangan lupa komen kt bawah :)