Sunday, August 5, 2012
Antara Olympik dan Solat??
Aku baru selesai berbuka puasa dan mandi
Aku naik ke aras 3 untuk jalan2 tgk kawan2 :)
Aku masuk ke satu bilik ni yang ak biase masuk kalau bosan
Ade tv :)
Kelihatan agak ramai dalam bilik tu
Dato Lee Chong Wei tgh lawan dgn Lin Dan
Final badminton Olympic
Masa tu baru 8.30 mlm
Isyak plak dalm pukul 8.50 mcm tu la
Ak pun join tgk :)
Sengit sungguh...
Mas telah menang satu set
Manakala set kedua pulak (yg ak sempat tgk)
Mas kalah...hua3
Set ke3 bermula
Jam dah 8.55....
Aku rasa serba salah
Aku Angkat kaki dan sound sepatoh
" Weh Isyak, teraweh weh"
Tapi seperti x diendahkan....huuu
Aku terus berjalan menuju ke masjid
Tapi mereka?
Dengan mandi nye belum.....huu
Antara final badminton dan solat Isyak, Terawih berjemaah di masjid?
Yang mana wajar diutamakan?
Persoalan ini tiba2 timbul di benakku
Teringat aku tentang Fiqh Aulawiyyah yg selalu dikuliahkan
oleh Ust Wan Mohd Nor, seorang ustaz yg cukup ku kagumi
Pernah belajar di Syria, Mesir dan kini sedang sambung master
di UIA ke USIM gitu la...
Kalau ikut kaedah Fiqh Aulawiyyah,
Utamakan yang wajib daripada yang sunat
Antara badminton....
Dan Solat Isyak dan Terawih di masjid???
Solat Isyak berjemaah?
Ada pendapat kata sunnat muakkad dan ada yg kata wajib selagi dengar azan
Banyak hikmah solat jemaah ni...kalau nak cerita boleh buat buku
Solat terawih?
Sunat kan....
Dah la dlm bulan Ramadhan je ada
Sepatutnya guna la peluang ni
Badminton?
Dapat pahala?
Kenyang?
Apa hukum berhibur sampai lalai...lupa ibadat?
fikir-fikirkanlah :)
Jangan lupa komen kt bawah :)
Saturday, July 28, 2012
YA ALLAH YA GHAFUR
Friday, July 20, 2012
SaLAm RAmadHan :)
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.
Sunday, July 15, 2012
TOMBO ATI
Assalamualaikum :)
Sory la kerana lama x update blog
Hari ini aku terasa nak tulis pasal " Tombo Ati"
Bukan tombo pintu tu ea :P
Petikan drpd hadis Rasulullah S.A.W :
Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)
Sahabat2....
Hati adalah king kpd badan kita.
Orang yg soleh?
Mestila hati dia bersih :)
Seorang wali Allah, Syeikh Maulana Maqdum
atau lebih dikenali sbg Sunan Bonang
di kalangan muslim Indonesia membuat
satu himpunan nasihat yang very berharga
Nasihat itu dikenali sebagai " Tombo Ati"
yang bermaksud terapi@ubat hati
5 perkara telah digariskan:
1. MEMBACA AL-QURAN BESERTA MAKNANYA
- sama2 kita muhasabah diri kita....brp kali kita belek Quran dlm sehari?
kalau baca pun....faham k? Lebih teruk lagi kalau dlm sehari x baca langsung.
Patut la hati kita sakit....huuu
2. MELAZIMKAN SOLAT TAHAJUD
kita? huu ak sendiri pun dah lama sgt2 x tahajud..kuang3
Subuh pom jeng koy lg...hua3
3. BERKUMPUL DENGAN ORANG2 SOLEH
huuu ney x...nampak orang buat baek sikit kite cakap
dia bajet baek, riak la...ish3
4. ZIKIR MALAM YANG PANJANG
huu....same2 cube praktik ye :)
5. PERUT SELALU DALAM KEADAAN LAPAR
huuu...kita? lepas mkn...mkn lagi...pastu tido...elok sgt la
kadang2 sampai 2,3 kali tambah :P
Sama2 kita try praktik 5 petua ney....jangan badan jer nak sehat...
kadang2 ad orang tu sggup luangkan 3 jam sehari untuk bina badan biar ad
six pax... hhahhhaahah
hati?
sama2 pikirkan :)
Saturday, October 22, 2011
KENAPA X ROGOL SAYA ???
Kenapa Tak Rogol Saya?
KENAPA TAK ROGOL SAYA???
...
Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia meng
ambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika)
bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Wah!
Jom sama2 fikir :)
Khidmat pelanggan di malaysia perlu dibaiki !

Pada suatu hari....
Wednesday, October 19, 2011
BAKTI HUFFAZ bentuk super mukmin







Huhuhuhuhu assalamualaikum
Saturday, July 30, 2011
RaMadaN BUlan BarakaH

Assalamualaikum
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Wednesday, May 4, 2011
maTI x knl USIA

Tuesday, April 26, 2011
PMGK

Monday, April 18, 2011
lain org lain ragam!

Hahahahaha
Thursday, April 7, 2011
SuRat Cinta Utk BakaL isteRi !

Huh, baru jer blk dari Kuala Terengganu dengan seorang sahabat. Letih btol!
Dah lar kereta mampus tgh jalan sebab kehabisan minyak.
Hux3
Ade2 jer
Ari tu g naek van kawan yg sama
nk tau x?
Reng tayar tercabut
Terpaksa ar tggl van tu kt bengkel
Kene lar balik ngan bas
Sob3
Mcm biasa.....
Ak buka fb
Dan.......
jeng3....
Ak sungguh tertarik dengan posting seorang sahabat dalam group semangat remaja
Dhyea Hana

-> 10-11-2010, 10:36 AM
Assalamualaikum
Kehadapan my future wife(s)
. So, wahai my future wife(s)
I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.
I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.
Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?
Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.
My future wife(s),
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.
Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.
Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.
My future wife (s),
You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.
Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?
I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.
Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.
TAMAT

Boleh tahan citer ney kan?
Klakor pon ader
hahahahhahahaha
Jd?
Nk komen ape2?
Nak tambah pasal ciri2 seorang isteri atau suami yg baek?
Silalah komen kt bawah
Jangan segan2
Jangan malu2 neh
Guna lar keyboard tu
Say something!
ngeh3
:P
Saturday, March 26, 2011
SIKAP KEBANYAKAN MANUSIA

SEMASA SENANG? BILA KITA DAPAT APA YANG KITA NK.......
> x sebut pon nama Allah
>ketika solat......jangankan menangis, khushuk pom x
ngoya pasal benda laen ketika solat
solat?
hanya ada pada nama
umpama sungai yg x mengalir
ek?
mcm mana tu?
huhuhuhuhuhuhu
> lupa diri!
sombong!
riak!
bangga!
takabur!
ap yang terucap oleh hati apabila melihat org lain gagal dan kiat berjaya?
"aku hebat!"
"apa lar engkau ney......benda senang mcm ney pom x leh buat?"
HIDUP UMPAMA RODA,
BILA KITA GAGAL? DAN KITA X DPT APA YG KITA NAK......
>bila kita kene sengat dek lipan misalnnya
tiada perkataan lain yg keluar keculi
"ALLAH........ALLAH.......ALLAH......"
ni bukn reka tau!
cek pernah kena gigit lipan dan itulah yg perkataan yg terkeluar
tp.....
malangnya....
hanya ketika digigit lipan perkataan itu dpt diungkap
kalau masa lain
jgn mimpilar
huhuhuhuhuuhuhu
oh!
hipokritnya manusia!
> solat kita dihiasi dengan tangisan....
bait2 bacaan dalam solat dihayati dengan sepenuh hati
sentiasa bangun malam dan mengadu kepada yang maha Esa
namun bila?
hanya apabila kita ditimpa musibah?
hanya bila kemalangan?
putus kaki?
patah tangan?
dihina oleh org lain?
clash dengan kekasih?
bercerai?
gagal dlm peperiksaan?
kemalangan dan.......buta?
lumpuh?
strok?
> kita bertaubat dan menghormati org lain
ap yg dickpkn oleh hati apabila melihat org lain juga turut gagal?
"ak x boleh hina dia sbb ak pon 2 kali 5 jer......"
KITA SERING BERTAUBAT APABILA KITA DITIMPA KESUSAHAN
BERAZAM UNTUK JADI MUKMIN YANG LEBIH BAIK
NAMUN.......
APABILA KEGAGALAN ITU PERGI
DAN KEJAYAAN PULA YANG DATANG?
ADAKAH KITA BENAR2 BERUBAH?
ATAUPUN KITA MASIH KITA YANG DULU........
SAMA-SAMALAH KITA PIKIRKAN.........
SAMA_SAMALAH KITA BERTAUBAT!
Friday, March 11, 2011
MEReKa IKoN Remaja Masa KINI !

IMAM MUDA ASYRAF N HIZBUR IKON REMAJA MALAYSIA !


Nama Penuh: Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26
Asal: Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 12 Februari 1984
Bangsa: Melayu
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Imam
Nama Isteri: Nurhusna Yusof, 23
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah, Universiti Malaya
Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Syariah di UM


Nama Penuh: Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27
Asal: Baling, Kedah
Tarikh Lahir: 1 April 1983
Bangsa: Melayu
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Guru Tahfiz
Pendidikan: Sarjana Muda Syariah (Tahun Akhir), Universiti Al-Azhar, Mesir
Nama Isteri: Liliyana Hasanah Yudi, 23
Wednesday, March 9, 2011
Sifat RaSULULLAH?

Ummu Ma"abad al-Khuza"iayyah menyifatkan Rasulullah SAW
kepada suaminnya, tatkala baginda singgah di khemah mereka dalam
perjalanan hijrahnnya, dengan katanya:
Seorang yang ketara keseriannya,
putih wajahnya,
baik akhlaknya,
tidak merasai beban oleh badan yang besar,
tidak boleh diperlekehkan kerana kepala yang kecil,
indah rupa paras dan menarik perhatian,
luas dan tampak jelas mata putih dan mata hitamnya,
rambutnya lebat,
suaranya serak2 basah,
lehernya jinjang,
matanya hitam sgt ketara,
tampak urat lenganya,
alisnya nipis,
keningnya bersambung,
kalau baginda diam nampak nyata kehebatannya,
kalau baginda berbicara nampak nyata keterampilannya,
manusia yang paling menawan dan paling menarik jika dipandang dari jarak jauh,
paling cantik dan manis dari dekat,
kata-katanya manis,
kesegakannya memadai dengan selapis pakaian sahaja,
tidak bertutur perkataan yang sia2 dan mengarut,
tutur katanya bagaikan batu permata yang menjulur keluar,
sederhana ketinggiannya,
untuk memandangnya x perlu menunduk n x perlu mendongak,
bagaikan satu ranting di antara dua ranting, kalu baginda bertiga, maka bagindalah yang paling menarik perhatian dan mendapat tempat,
baginda mempunyai teman2 yg mengelilinya,
kalu baginda berkata sesuatu, mereka khushuk mendengar kata-katanya,
jika bagina menulis sesuatu, segera mereka melaksanakannya,
dia sentiasa dipatuhi dan dikerumuni,
tidak bermsam muka
dan
tidak memperlekehkan org
Apa pula kata Saidina Ali?
Ali bin Abu Talib r.a. menyifatkan Rasulullah SAW dengan katanya:
Tidak tinggi melayup dan tidak terlalu rendah,
ketinggiannya sederhana dikalangan org lain,
rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus,
tetapi antara keduanya tidak bermuka cengkung dan tidak tembam,
mukanya bulat dan putih kemerahan,
sendi-sendinya tampak jelas,
tidak bnyk bulu di bdn kecuali pada anggota tertentu,
badannya tidak dipenuhi bulu,
tapak tangan dan kakinya tebal,
kalau dia berjalan maka diangkat kakinya tanpa menyeret ke bumi,
bagaikan sedang berjalan di tanah yg cerun,kalau baginda berpaling maka dipalingkan beserta badannya,
antara dua belikatnya ada cap kenabian yg menunjukkan baginda penyudah segala nabi,
memiliki tapak tgn yg paling lapang(pemurah),
memiliki dada yg bidang@berlapang dada,
paling benar sebutan n percakapannya,
paling mengotakan perjanjian,
manusia paling lembut perangainya,paling mulia pergaulannya,
siapa yang melihat sekali lalu terasa kehebatannya dan siapa yg benar2 bergaul dengannya akn mencintainya.
Ada seorg yg menyifatkan dengan berkata:
"Tidak pernah aku lihat sebelum dan selepasnya org yg sepertinya, Muhammad SAW."
Wah....
Hebatnya.....
Siapa yg tidak ingin bertemu dengan baginda kan?
Semua org ingin.....
Baginda lebih hensem drpd
Shahrukh Khan
Rosyam Nor
Jacky Chan
mahupun
Km Bum, Lee Dong Wook dan Lee Min Ho
huhuhuhu
x ada sebb untuk kita tidak mencintainya kan?
cek teringat ttg satu mesej yg prnh cek terima
Apabila ditanya ttg cintamu
katakanlah ia untuk Allah
kasihmu untuk Rasulullah
sayangmu untuk ibu bapamu
dan
berikanlah keikhlasanmu
untuk orang yg tahu menghargaimu
Thursday, March 3, 2011
Ust COKlat
Cg Kassim yang kembali semula ke kampung halaman setelahmerantau lama ke luar negara menimbulkan fenomena
yg amat mengejutkan!
Dia bukan sahaja pemurah dengan pemberian coklat tetapi turut memberikan
perubahan dalam kehidupan tiga orang pemuda kampung yang
bagaikan tidak terpimpin matlamat hidup mereka.
Banyak konflik yg berlaku. Siapakah Cg Kassim?
Semuanya bakal terjawab di Astro Oasis setiap jumaat jam 7.30 malam
Siaran ulangan pada hari sabtu jam 1.30 tgh hari, ahad jam 10 pg, rabu jam 10 mlm, khamis jam 11 pg dan 11.30 mlm
Jom kita2 same2 tgk
Cek pom x tgk agy
hua3
tp......
Marilah kita sama2 tgk dan beri sokongan kpd cerita2 melayu
yg bersifat islamik
ney dop
duk tgk kartun, industan, korea jer....
huhuhuhuhu
JOM TENGOK UST COKLAT!
Monday, February 28, 2011
Salam takziah

Bekas perdana menteri berjiwa islamik,
Necmettin Erbaken telah meninggal dunia petang ahad lalu akibat
komplikasi jantung dan kegagalan sistem pernafasan.
Tp.....
Siapakah insan yang bernama Necmettin Erbaken?
Cek pun tertanya-tanya
Nak tau x apa yang dikatakan oleh presiden pas,
Tuan Haji Abdul Hadi ttg Necmettin Erbaken?
Katanya, Necmettin adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan (gambar) ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.
Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.
Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 hingga 1997.
Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.
Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.
AL FAATIHAH.
sumber: Harakah dan Malaysia harmoni
Saturday, February 26, 2011
Kreatif juga rupanya.......

Nak dengar cerita?
X nak?
Macam biase ar....
Nok cerita jugak....
hua3
Pada suatu hari, akibat keletihan yang amat sangat Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba.
Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit
ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir.
Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujur waktu subuh baru sahaja masuk. Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.
"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh, padahal kau amat benci kepada org yg solat?"
"Aku bimbang sekirannya kau terlewat bangun subuh," jawab syaitan.
Kehairanan, Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya,"Kenapa?"
Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada org yg takutkan Allah.
"Aku takut jika kau terlewat solat subuh, kau akn menampung kelewatan itu dengan amalan2 yang lebih banyak dan lebih serius,"kata syaitan.
Tambah syaitan itu lg, "Kau akn bersedekah,membantu orang lain, mengajar lebih lama,
membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yang sedikit. Dengan itu nanti,
aku dan kawan2 ku pula akan bertambah susah. Kerja kami akan bertambah banyak dan sukar.
Jadi lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya dan kami tidak akan tepaksa menghadapi bnyk kerja untuk menyekat amalan2 baikmu itu nnti."
Kita?
subuh pom x g masjid op
huhuhuhuhuhuhu
wah2
Tengoklah betapa kreatifnya syaitan untuk menyesatkan manusia
Dah lar kreatif
inovatif plak tu
kalau buat projek sem pom menang ney
kuang3
Jadi sama-samalah kita berhati-hati ya
Jangan tertipu
Ingat!
Matlamat x menghalalkan cara!
Yang batil ttp batil dan yang haq tetap haq
Jangan menghalalkan apa yang haram sesuka hati!
dan
Sama-samalah menyuruh kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran....
Thursday, February 24, 2011
Nak ALLAh sayang?

Nak Allah sayang?
Kalau gitu.....
Kita kena jadi org yang dicintai oleh Allah
Siapakah yang disayangi oleh Allah?
# Orang yang bertaqwa
Allah berfirman yang bermaksud: "sesungguhnnya Allah menyukai orang yang bertaqwa."
(surah Al-Tawbah 9:4)
# Orang yang cepat2 bertaubat
Allah berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (surah al-Baarah 2:222)
# Orang yang adil
Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnnya Allah menyukai orang yang berlaku adil."
(surah al-Mumtahanah 60:8)
#Orang yang bertawakal
Allah berfirman yang bermaksud:"Kemudian apabila kamu telah mebuat tekad, maka bertawakallah kpd Allah. Sesungguhnya Allah menyukai org yang bertawakal
kepada-Nya". (surah Ali"Imran 3:159)
# Orang yg berbuat kebaikan
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai org yang berbuat baik."
(surah al-Baqarah 2:195)
# Orang berjuang pd jalan Allah
Allah berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yg yersusun kukuh."(surah al-Saff 61:4)
Wednesday, February 23, 2011
Jangan takut gagal!

Jangan takut gagal?
Kenapa?
Nak tau x?
Sebenarnnya gagal dan usaha itu adalah tangga menuju kejayaan!
Pengasas syarikat komputer gergasi IBM pernah ditanya, "Bagaimanakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas"? Jawabnnya, "Gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!"
tgk?
selain itu teringat cek tentang kata-kata yang diungkapkan oleh Irfan Khairi

"JANGAN TAKUT
KEGAGALAN
KERANA
TAKUT KEGAGALAN
BERMAKNA
MENGHINDARI KEJAYAAN.
KEGAGALAN
MENGAJAR KITA
KEKUATAN.
TAKUT KEPADA
KEGAGALAN
MENGAJAR KITA
UNTUK
TERUS GAGAL."
Btol tu
lg pom ingat x?
usaha tangga kejayaan
Agama kita juga telah menetapkan formula untuk berjaya
iaitu AZAM@USAHA dan TAWAKKAL
Ingatlah bahawa kejayaan x akan dtg bergolek
Kalau x percaya tanye lah kepada orang yang telah berjaya
Nak tau x?
Irfan Khairi yang merupakan seorang jutawan juga telah mengakui bahawa
bukan senang nak jd jutawan
Banyak cabaran yang perlu ditempuhi
Kenal x Jackie Chan?
Ikon Asia yang sangat popular di mata dunia
diminati oleh semua golongan
x kira kanak-kanak mahupun dewasa
Cek sendiri pon suka tgk aksi2 dia
namun......
adakah ia semudah yang difikirkan?
beliau berusaha untuk mempelajari taekwando, judo, ,wing chung dll
selama 18 jam sehari
begitu juga dengan org2 lain yg telah berjaya
Dato Lee Chong Wei
Nicole Ann David
Lance Arm Strong
semuanya berjaya dengan mandi peluh
Teringat plop cek pada satu lirik nasyid
BERJUANG MMG PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS
Lihatlah perjuangan Insan mulia NABI MUHAMMAD S.A.W
Perjuangan baginda amat payah
pada mulanya baginda
dihina
dicaci
dilempar najis
diludah
dll
Namun,
berkat kesabaran dan iman yang tinggi
lihatlah Islam kini
tersebar ke seluruh negara
malah
Islam pernah menguasai 2/3 dunia
Dan melahirkan tokoh2 yang hebat
Al-Haitami
Al-Jazari
Ibn Sina
Al-Ghazali
dan lain2
Merekalah yang mencipta pelbagai teknologi n ideologi
Yang digunakan sehingga kini






