ogpih

ogpih
gcuk

Friday, April 2, 2010

DEmam?

  1. Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.
  2. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.
  3. Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.
  4. Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: “Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

aPa nK JADi?

REMAJA IALAH ARKITEK BANGSA. Mengimbau kembali zaman kegemilangan Islam, tokoh muda seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Usmanah bin Zaid, Abdullah Ibn Umar, Ibn Abbas, Saidatina Aisyah dan beberapa nama besar lain, adalah pelopor muda daripada kalangan sahabat Rasulullah saw yang menempa nama dan memberi sumbangan besar ketika usia muda.

Sultan Muhammad Al-Fateh?

Suatu hadis dari Nabi Muhammad Sallallahhu’alaiwasallam yang dilaporkan berkenaan penaklukan ataupun pembukaan kota Konstantinopel (di waktu itu masih di bawah penguasaan kerajaan Rom) bermaksud begini: “Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.

Itulah Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau memimpin satu pasukan seramai 250,000 tentera menakluk kota kemegahan dan keangkuhan Rom itu pada hari Selasa, 29 Mei 1453, bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah. Ketika itu usia beliau ialah 21 tahun.



Namun, hari ini.......remaja......








apakah tindakan kita?