ogpih

ogpih
gcuk

Friday, January 25, 2013

Kamu Lebih Tahu?


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rsulullah s.a.w bersabda :
Pada zaman Bani Israel dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza.Lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara lelaki yang kedua rajin beribadah. Setiap kali orang yang ahli ibadah ini melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan untuk rakannya berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu kali orang yang ahli ibadah berkata lagi, " Berhentilah daripada berbuat dosa". Dia menjawab, " Jangan pedulikan aku, terserah Allah akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan." Ahli ibadah itu membalas, " Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah."

Kemudian setelah kedua-dua orang itu mati, Allah s.w.t telah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah menyoal lelaki ahli ibadah, " Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku?
 Atau adakah kamu lebih mengetahui apa yang telah berada dalam kekuasaan-Ku?" Kemudian kepada ahli maksiat Allah berfirman,"Masuklah kamu ke dalam syurga berkat rahmat-Ku."
Sementara kepada ahli ibadah dikatakan, " Masukkan orang ini ke dalam neraka."

Hadis Sahih riwayat Ahmad, 2/323; Abu Daud,4901;Ibnu MUbarak dalam kitab al-Zuhd,314;Ibn Abi Duniya dalam Husnuzh Zhan,45; al-Baghawi dalam Syarah al-sunnah,14/385.

Rujukan: 101 Kisah dan Pengajaran daripada AQ,Hadith dan hayatus sahabah - Ustaz Zahazan Mohamed

Sahabat2,

Apakah pengajaran dari Hadith ni?
Mengapa lelaki yang rajin beribadat itu dimasukkan ke dalam neraka?
Padahal tindakannya yang amar makruf dan nahi mungkar itu sudah betul
Ya, dia x memberikan nilai rahmat Allah kepada manusia.
Padahal..... Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Mengetahui
Sebab tu, kita jangan mudah menghukum seseorang

Mungkin si Z tu kite nampak biase2 je...
Tapi  mungkin pada waktu malam...
ketika A,B,C dan lain2 sedang tidur...
Z lah yang bangun untuk beribadat, bermunajat kepada Allah

Ataupun munkin ada sorg tu dia jahat...
Kapel,hisap rokok,dedah aurat,suka menyanyi dan lain2
tapi...
Bagaimana jika suatu hari nnti dia akan berubah?
Jika suatu hari nanti dia akan bertaubat?
Jika suatu hari nnti dia akan insaf?

Sedangkan kita?
Walaupun kita hari ini seorang yang baik....
Tapi yakin kah kita yang kita akan baik sehingga hembusan nafas yang terakhir?
Yakinkah kita bahawa kita akan mati dalam keadaan beriman?

x semestinya rang yang pakai jubah itu baik,
x semestinya orang yang pakai seluar jeans itu jahat,
Namun....
x semestinya juga orang yang pakai jubah itu jahat,
x semestinya juga orang yang pakai seluar jeans itu baik,

Oh indahnya IsLAM :)




10 comments:

batman said...

guane xdok org komen ni..hahaha

nuraisyah_radzuan said...

meh nok komen...

x smestinye tuan pnye blog nih baik..(hehehe..gelak jahat!!)

best..!

batman said...

to aisyah: yg komen tu pon :P

nuraisyah_radzuan said...

herrr... :P

www.coretankalamrabbani.blogspot.com said...

like3x

batman said...

like :)

fitrahfitri said...

ruhul jadid..:)jika engkau melihat seorang berakhlak luhur,berusahalah menyemai kebaikannya dan jika engkau bertemu dengan seorang berakhlak rendah,periksalah dirimu sendiri...manusia blh berubah,kdg2 orang yang kita pndang remeh itulah yang lbh dekat dgn ALLAH..pesanan untuk diri sndiri jgak..touching..

batman said...

haahaha sempat lagi toucing

Nurul Fitriyyah said...
This comment has been removed by the author.
fitrahfitri said...

kadang pk jgak bnde gni..
muhasabah untk diri..huhu