ogpih

ogpih
gcuk

Monday, September 9, 2013

MUsAng BErjaNGGUT


                           Dato' Nikah Kahwin dalam cerita Musang Berjanggut

aslkm :)

Semalam hari cuti, disebabkan x tau nak buat apa aku dan Firdaus layan cerita P.Ramlee yang bertajuk MUSANG BERJANGGUT  kt bilik Firdaus sambil makan maggie..hohohoho
Bukan apa, kadang2 cerita P.Ramlee ni penuh dengan pengajaran
Jalan cerita cerita dia pun semua kreatif2
Kadang2 ada persoalan2 agama yang membuatkan Ustaz2 pening nak jawab
Contohnya cerita keluarga 69...habis tunggang terbalik keluarga...hahahaha

Cerita Musang Berjanggut ni plak pasal P.Ramlee ataupun nama dalam cerita tuh kalau x silap Tun Nila Utama, yang dipaksa oleh ayahnya untuk cari calon isteri. Kalau x silap nama ayah dia Sultan Alam Shah Bana, sultan negeri Pura Kenanga. Hahahaha ntah la mcm mane boleh igt name2 tuh.

Yang menariknya, bijak sungguh cara Tun Nila Utama cari calon isteri dalam cerita tu...kelakar gila...
Pecah perut suka dengan firdaus petang tu.
Macam mana dia cari?
Tengok sendiri la ye :P
Tapi aku tertarik dengan kata2 Tun Nila Utama dalam cerita tu

Sultan Alam Shah Bana : Anakanda kahwini sahaja salah seorang daripada anak2 dato' menteri

Tun Nila Utama : Anakanda x mahu! Mereka ini bukan wanita tetapi mereka betina

Sultan Alam Shah Bana : Aik??? Apa pula beza wanita dan betina? Bukankah sama sahaja?

Tun Nila Utama : Wanita adalah orang yang menjaga maruahnya manakala betina adalah orang yang menjual maruahnya.

Sultan ; Cess...ayahanda beri adinda masa 1 tahun. Kalau anakanda masih belum bawak pulang isteri, anakanda dihukum pancung!


Wanita vs Betina?
dalam dunia ni ada dua jenis wanita
Yang pertama Wanita yang wanita
Ek?? pelik bena bunyinya tu...hahahaha
Yang kedua Wanita yg Betina
Begitu juga lelaki
Lelaki yang lelaki dan Lelaki yg jantan

sama2 fikir :)

Teringat satu post sorg tu dia post kat fb dia

Putih2 melati,
Merah2 delima,
Wanita baik hati,
Menjaga Auratnya....

Putih2 melati,
Merah2 delima,
Lelaki baik hati
Jaga pandangannya.... :)




Saturday, March 23, 2013

Setiap org adalah pemimpin



Aslkm :)

Sebelum naik bas untuk pulang ke Terengganu
Aku pergi ke tandas

Dan semasa di tndas...
jeng3..
Tiba2 seekor pontianak muncul di tengah-tangah laluan antatara deretan tandas-tandas itu
Semua orang berkeliaran lari sambil berteriak
"Hantu!" "Tolong ada hantu!"

Haha gurau je :P

Masa kat tandas tu tiba2 dengar....

" alif di atas aaa, alif di bawah eee, alif di depan uuu, aaa eee uuu"
sehingga la ta.

Wah! Teruja rasa
Dah la yang nyanyi tu budak kecik
Sejuk hati rasa...
walaupun tnds tu pns..kuang3

Itu lah hasil dari didikan yang baek :)

Tadi pula masa naik motor
Nampak sekumpulan kanak2
Rasa baru sekolah rendah kowt
Nmpk kecik lagi

tapi...duk lepak tgh2 malam buta
Kalau lepak saje x pe lagi
Ni siap hisap rokok
ish3

Sebab tu la setiap individu kena main peranan
terutamanya ibu bapa
Didiklah orang yang di bawah kita dengan acuan Islam
Semoga bahagia dunia dan akhirat :)


Terjemahan Hadis
”Dari Ibni Umar r.a sabda Rasulullah SAW :”Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinannya .Seorang amir (raja) memimpin rakyat dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya , seorang lelaki adalah pemimpin ke atas keluarga rumahnya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Seorang wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan terhadap anak – anak suaminya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta benda tuannya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Ingatlah Semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu akan ditanya mengenai pimpinannya (Diriwayatkan oleh :Al-Bukhari dan Muslim).



Friday, January 25, 2013

Kamu Lebih Tahu?


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rsulullah s.a.w bersabda :
Pada zaman Bani Israel dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza.Lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara lelaki yang kedua rajin beribadah. Setiap kali orang yang ahli ibadah ini melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan untuk rakannya berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu kali orang yang ahli ibadah berkata lagi, " Berhentilah daripada berbuat dosa". Dia menjawab, " Jangan pedulikan aku, terserah Allah akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan." Ahli ibadah itu membalas, " Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah."

Kemudian setelah kedua-dua orang itu mati, Allah s.w.t telah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah menyoal lelaki ahli ibadah, " Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku?
 Atau adakah kamu lebih mengetahui apa yang telah berada dalam kekuasaan-Ku?" Kemudian kepada ahli maksiat Allah berfirman,"Masuklah kamu ke dalam syurga berkat rahmat-Ku."
Sementara kepada ahli ibadah dikatakan, " Masukkan orang ini ke dalam neraka."

Hadis Sahih riwayat Ahmad, 2/323; Abu Daud,4901;Ibnu MUbarak dalam kitab al-Zuhd,314;Ibn Abi Duniya dalam Husnuzh Zhan,45; al-Baghawi dalam Syarah al-sunnah,14/385.

Rujukan: 101 Kisah dan Pengajaran daripada AQ,Hadith dan hayatus sahabah - Ustaz Zahazan Mohamed

Sahabat2,

Apakah pengajaran dari Hadith ni?
Mengapa lelaki yang rajin beribadat itu dimasukkan ke dalam neraka?
Padahal tindakannya yang amar makruf dan nahi mungkar itu sudah betul
Ya, dia x memberikan nilai rahmat Allah kepada manusia.
Padahal..... Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Mengetahui
Sebab tu, kita jangan mudah menghukum seseorang

Mungkin si Z tu kite nampak biase2 je...
Tapi  mungkin pada waktu malam...
ketika A,B,C dan lain2 sedang tidur...
Z lah yang bangun untuk beribadat, bermunajat kepada Allah

Ataupun munkin ada sorg tu dia jahat...
Kapel,hisap rokok,dedah aurat,suka menyanyi dan lain2
tapi...
Bagaimana jika suatu hari nnti dia akan berubah?
Jika suatu hari nanti dia akan bertaubat?
Jika suatu hari nnti dia akan insaf?

Sedangkan kita?
Walaupun kita hari ini seorang yang baik....
Tapi yakin kah kita yang kita akan baik sehingga hembusan nafas yang terakhir?
Yakinkah kita bahawa kita akan mati dalam keadaan beriman?

x semestinya rang yang pakai jubah itu baik,
x semestinya orang yang pakai seluar jeans itu jahat,
Namun....
x semestinya juga orang yang pakai jubah itu jahat,
x semestinya juga orang yang pakai seluar jeans itu baik,

Oh indahnya IsLAM :)