Aslkm :)
Sebelum naik bas untuk pulang ke Terengganu
Aku pergi ke tandas
Dan semasa di tndas...
jeng3..
Tiba2 seekor pontianak muncul di tengah-tangah laluan antatara deretan tandas-tandas itu
Semua orang berkeliaran lari sambil berteriak
"Hantu!" "Tolong ada hantu!"
Haha gurau je :P
Masa kat tandas tu tiba2 dengar....
" alif di atas aaa, alif di bawah eee, alif di depan uuu, aaa eee uuu"
sehingga la ta.
Wah! Teruja rasa
Dah la yang nyanyi tu budak kecik
Sejuk hati rasa...
walaupun tnds tu pns..kuang3
Itu lah hasil dari didikan yang baek :)
Tadi pula masa naik motor
Nampak sekumpulan kanak2
Rasa baru sekolah rendah kowt
Nmpk kecik lagi
tapi...duk lepak tgh2 malam buta
Kalau lepak saje x pe lagi
Ni siap hisap rokok
ish3
Sebab tu la setiap individu kena main peranan
terutamanya ibu bapa
Didiklah orang yang di bawah kita dengan acuan Islam
Semoga bahagia dunia dan akhirat :)
Terjemahan Hadis
”Dari Ibni Umar r.a sabda Rasulullah SAW :”Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinannya .Seorang amir (raja) memimpin rakyat dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya , seorang lelaki adalah pemimpin ke atas keluarga rumahnya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Seorang wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan terhadap anak – anak suaminya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta benda tuannya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Ingatlah Semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu akan ditanya mengenai pimpinannya (Diriwayatkan oleh :Al-Bukhari dan Muslim).