ogpih

ogpih
gcuk

Wednesday, December 24, 2008

hikmah solat menurut kajian saintifik

Sabda Rasulullah s.a.w : solat itu tiang agama,sesiapa yg medirikannya, dia telah mendirikan agamanya dan sesiapa yg meinggalkannya bererti dia telah meroboh kan agmanya sendiri.

Sahabat-sahabatku sekalian tujuan perintah solat diturunkan……bukan lah untuk menyusahakan kita…..tetapi ia bertujuan untuk menyenangkan kita……kerana ia memberikan banyak manfaat kepada kita semua.

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.





“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil solat merawat Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan penyakit itu. so......wajarkah kita berasa malas utk menunaikan solat?

Tepuk dada,,,,,,tanya selera.....erkk......silap.Tepuk dada tanya iman lar.....







Sunday, December 21, 2008

THE BEST SCHOOL IN THE WORLD




SOLEH PINTAR :

Membawa maksud kepada melahirkan modal insan yang dapat memperkasakan Al Quran dan Sunnah sebagai tunjang hidup dalam pembentukan sahsiah diri yang unggul dan pada masa yang sama juga cemerlang dalam bidang pendidikan.

Matlamat utama pelaksanaan Program Ulul Albab di imtiaz adalah tertumpu kepada tiga (3) komponen utama iaitu Quranik, Ijtihadik dan Ensaiklopedik.

Kombinasi ketiga-tiga komponen ini telah diserapkan ke dalam sistem kurikulum di imtiaz.

i. QURANIK

Memetik kata-kata Menteri Besar Terengganu ketika berucap dalam Seminar Ulul Albab di Primula Beach Resort pada 21 September 2006, “apabila seseorang itu mengamal Al Quran, dia adalah orang yang beriman dan bertakwa. Golongan yang di gelar Quranik bukan sahaja boleh membaca Al Quran dengan baik dan betul tetapi juga memahami isinya dengan tepat serta mengamalkannya”.

Pelajar di dedahkan dengan program hafazan Al Quran dengan menghafal 30 juzuk Al Quran di mana sasaran hafazan ialah 10 juzuk setahun selama tiga tahun (tingkatan 1 hingga 3) dan pengulangan surah akan dilakukan (tingkatan 4 hingga 5).

ii. ENSAIKLOPEDIK

Melahirkan generasi Ulu Albab yang berpengetahuan tinggi dan sebagai tempat rujukan. Mempunyai pelbagai kemahiran dan bidang ilmu (multi-discipline) serta mampu menguasai pelbagai bahasa (multi-lingual).

Bagi merealisasikan konsep tersebut imtiaz telah melaksanakan pelbagai program termasuklah mengadakan program-program bahasa seperti:

a. Kelab Bahasa Arab dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman dari Timur Tengah dan Home Stay.

b. Kelab Bahasa Inggeris juga diadakan untuk memantapkan Bahasa Inggeris, guru-guru dihantar ke luar negara melalui Program Confratute untuk Program SEM (Schoolwide Enrichment Model) sebagai kursus tahunan di University of Connecticut, USA.

c. Kelab Bahasa-bahasa lain seperti kelab Bahasa Tamil dan Mandarin serta kelab ICT agar pelajar mahir dalam pelbagai bahasa dan celik IT kreatif serta inovatif.

i. IJTIHADIK

Melahirkan generasi yang berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat di samping berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi seperti Avionic, Robotik dan Solarik.

Aktiviti ko-kurikulum konvesional juga diadakan bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal pelajar di samping melahirkan pelajar yang versatail serta bersemangat kepimpinan. seperti berkuda, berenangmemanah. Aktiviti-aktiviti seni mempertahankan diri juga diadakan iaitu kelab taekwon-do dan silat.Selain badan beruniform iaitu Pengakap, PBSM, Kadet polis, bomba, Pandu, Nasyid, DikirArab, Puteri islam serta persatuan untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang serba boleh dan seimbang*.[dipetik drpd myimtiaz.com.my]

bicara islam


SELAMAT DATANG saya ucapkan.Sahabat-sahabatku sekalian,aku hanyalah hamba yang kecil,hina dan fakir di sisinya. hari-hariku dihabiskan dgn membuat pelbagai dosa.aku sering bertaubat.Tp……kesilapan yg sama aku ulangi. mungkinkah aku layak untuk berbicara ttg islam?Ya! mmang aku tidak layak.

Allah berfirman di dalam kalamnya yang bermaksud: PATUTKAH KAMU MENYURUH MANUSIA SUPAYA BERBUAT KEBAIKAN SEDANGKAN KAMU LUPA AKAN DIRI KAMU SENDIRI, PADAHAL KAMU MEMBACA KITAB ALLAH, TIDAKKAH KAMU BERAKAL?

Tapi firman terdapat satu firman Allah yanh bermaksud:HENDAKLAH DI ANTARA KAMU SATU PUAK YANG MENYERU KEPADA KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN SERTA MELARANG DARIPADA SEGALA YANG SALAH DAN MEREKA YANG BERSIKAP SEDEMIKIAN ADALAH ORANG-ORANG YANG BERJAYA.

So, marilah kita saling nasihat-menasihati utk membina semula sebuah ketemadunan yg hebat segagah dan sekukuh dulu………………….

Ke mAnA PeRgInYa PeJuAnG2 IsLaM


AkU hAiRaN AkU PeLiK

Dulu…..Islam begitu hebat. Empayar Islam begitu masyur dan luas sehinggakan pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab, 2 per 3 daripada dunia dikuasai oleh Islam. Agama-agama lain gerun apabila saja nama islam disebut. Mungkin mereka terketar-ketar sehinggakan mungkin ader yang terkencing,terkentut dan sebagainya. Tapi sekarang? Siapa yang terkencing? Siapa yang terkentut? Kita diperlekehkan oleh mereka.Mereka berjaya mencipta pelbagai teknologi ataupun perkara yang baru dan canggih.Tapi kita? Kita hanya menggunakan produk-produk mereka.Inikah rupa islam yang sebenar? Ayuh sahabat-sahabatku. Ayuh sama-sama kita bangkit untuk sama-sama kita cipta semula ketamadunan islam sehebat dulu………

Firman Allah di dalam al-quran yang bermaksud:

SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SEHINGGALAH MEREKA MENGUBAH NASIB MEREKA SENDIRI.

Firman Allah yang bermaksud:

ALLAH MENGANGKAT DARJAT ORANG YANG BERIMAN DAN ORANG YANG DIBERIKAN ILMU DGN BEBERAPA DARJAT.

Lu pikirlah sendiri !!!

Thursday, December 18, 2008


(Surah Al-Hasyr:21-24)

Maksudnya: Jika sekiranya Kami menurunkan AlQuran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk dan pecah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan itu Kami kemukakan untuk manusia supaya mereka berfikir. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui perkara ghaib dan perkara nyata. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah allah yang tiada Tuhan selain Dia, Maha Agung, Maha Suci, Maha Sejahtera, Maha Mengurniakan Keamanan, Maha Memelihara, Maha Perkasa, Maha Kuasa, Maha Memiliki segala keagungan. Maha Suci Allah dari segala apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. Dialah Allah yang mencipta, mengadakan, membentuk rupa, yang mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa-apa di langit dan di bumi. Dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

1. Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. sebagai panduan untuk memimpin seluruh umat manusia ke jalan kebenaran.

2. Al-Ouran adalah sebuah kitab yang istimewa kerana:

· mukjizat agung kepada Rasulullah S.A.W

· kandungan Al-Quran adalah lengkap dan merangkum semua aspek kehidupan manusia seperti akhlak, ekonomi, sosial, politik, dan sebagainya;

· ajaran Al-Quran sesuai untuk diamalkan oleh semua bangsa dan di semua tempat

· Al-Quran terpelihara daripada sebarang perubahan dan penyelewengan sehingga hari kiamat

· keindahan bahasa Al-Quran tidak dapat ditandingi

· Al-Quran juga dapat membimbing manusia untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat

· setiap huruf yang dibaca dikira ibadat dan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T..

3. Allah S.W.T. mempunyai 99 nama yang baik (Asmaul Husna). Melalui ayat tadi, Allah S.W.T. menyatakan sebahagian nama dan sifat-Nya yang agung iaitu:

· Ar-Rahman (Maha Pemurah);

· Ar-Rahim (Maha Pengasih);

· Al-Malik (Penguasa);

· Al-Quddus (Maha Suci);

· Al-Salam (Maha Sejahtera);

· Al-Mukmin (Maha Pemelihara Keamanan);

· Al-Muhaimin (Maha Pengawas terhadap makhluk-Nya);

· Al-Aziz (Maha Mulia);

· Al-Jabbar (Maha Perkasa);

· Al-Mutakabbir (Maha Agung);

· Al-Khaliq (Maha Pencipta);

· Al-Bari (Maha Menjadikan);

· Al-Musawwir (Maha Pembentuk);

· Al-Hakim (Maha Bijaksana).


Wednesday, December 17, 2008

BANTAH HABIS-HABISAN

> satu berita hangat untuk semua.... sila baca ye... Message: Lupakan AF, Mentor, Explorace,etc...For now, please focus on this. Try to contribute in whatever options you have. Sebarkan pada rakan muslim kita.... Peguam Kes Murtad Shazalina/Linda Choy Ust Zulkefli Nordin), beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI JAYA, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC. Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia,pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak. Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Boleh hubungi Ust.Zulkefli sendiri (0133998718)untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim memberi penerangan tentang perkara ini. Sila sebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius... APAKAH PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KITA?? KITA HANYA ADA DUA PILIHAN.... TIDAK ADA 3 ATAU 4 PILIHAN.... 1) MENENTANG KUMPULAN PELAMPAU INI (KUMPULAN ARTIKEL 11 ) ATAU 2)MENYOKONG SECARA TERBUKA ATAU SECARA SENYAP Dengan tidak membuat apa-apa ATAU 3)BERSEKONGKOL DENGAN KUMPULAN PELAMPAU INI.(nau'zubillah)

SEMANGAT REMAJA MENGGONCANG DUNIA


Sahabat-sahabatku sekalian.........SELAMAT DATANG ke blog saya....REMAJA...apa itu remaja? Remaja pd masa dahulu merupakan satu golongan yg memainkan peranan penting dlm pembangunan ketamadunan islam sejagat. Tetapi,remaja kini? Menzalim diri sendiri . Gejala mat rempit,punk,skinhead,dadah dan sebagainya bermaharajalela dengan seluas-luasnya. Kuda[motor] pd zaman dahulu digunakan untuk membunuh musuh2 islam, penkhianat2 agama dan bangsa. Kini? kah...kah...kah....motor[kuda]digunakan utk membunuh diri sendiri......hu3. Bukankah itu merupakan sesuatu perkara yg melucukan? jom.......kita bangkit.....ayuh kita bangkit utk sama2 kita bina semula ketemadunan islam sehebat dulu......