“SOLEH PINTAR” :
Membawa maksud kepada melahirkan modal insan yang dapat memperkasakan Al Quran dan Sunnah sebagai tunjang hidup dalam pembentukan sahsiah diri yang unggul dan pada masa yang sama juga cemerlang dalam bidang pendidikan.
Matlamat utama pelaksanaan Program Ulul Albab di imtiaz adalah tertumpu kepada tiga (3) komponen utama iaitu Quranik, Ijtihadik dan Ensaiklopedik.
Kombinasi ketiga-tiga komponen ini telah diserapkan ke dalam sistem kurikulum di imtiaz.
i. QURANIK
Memetik kata-kata Menteri Besar Terengganu ketika berucap dalam Seminar Ulul Albab di Primula Beach Resort pada 21 September 2006, “apabila seseorang itu mengamal Al Quran, dia adalah orang yang beriman dan bertakwa. Golongan yang di gelar Quranik bukan sahaja boleh membaca Al Quran dengan baik dan betul tetapi juga memahami isinya dengan tepat serta mengamalkannya”.
Pelajar di dedahkan dengan program hafazan Al Quran dengan menghafal 30 juzuk Al Quran di mana sasaran hafazan ialah 10 juzuk setahun selama tiga tahun (tingkatan 1 hingga 3) dan pengulangan surah akan dilakukan (tingkatan 4 hingga 5).
ii. ENSAIKLOPEDIK
Melahirkan generasi Ulu Albab yang berpengetahuan tinggi dan sebagai tempat rujukan. Mempunyai pelbagai kemahiran dan bidang ilmu (multi-discipline) serta mampu menguasai pelbagai bahasa (multi-lingual).
Bagi merealisasikan konsep tersebut imtiaz telah melaksanakan pelbagai program termasuklah mengadakan program-program bahasa seperti:
a. Kelab Bahasa Arab dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman dari Timur Tengah dan Home Stay.
b. Kelab Bahasa Inggeris juga diadakan untuk memantapkan Bahasa Inggeris, guru-guru dihantar ke luar negara melalui Program Confratute untuk Program SEM (Schoolwide Enrichment Model) sebagai kursus tahunan di University of Connecticut, USA.
c. Kelab Bahasa-bahasa lain seperti kelab Bahasa Tamil dan Mandarin serta kelab ICT agar pelajar mahir dalam pelbagai bahasa dan celik IT kreatif serta inovatif.
i. IJTIHADIK
Melahirkan generasi yang berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat di samping berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi seperti Avionic, Robotik dan Solarik.
Aktiviti ko-kurikulum konvesional juga diadakan bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal pelajar di samping melahirkan pelajar yang versatail serta bersemangat kepimpinan. seperti berkuda, berenangmemanah. Aktiviti-aktiviti seni mempertahankan diri juga diadakan iaitu kelab taekwon-do dan silat.Selain badan beruniform iaitu Pengakap, PBSM, Kadet polis, bomba, Pandu, Nasyid, DikirArab, Puteri islam serta persatuan untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang serba boleh dan seimbang*.[dipetik drpd myimtiaz.com.my]
No comments:
Post a Comment