ogpih

ogpih
gcuk

Saturday, May 9, 2009

PADERI MASUK ISLAM



Kematian Raja Fahd, raja Saudi mendapat liputan meluas media-media antarabangsa. Upacara menguruskan jenazah raja negara yang kaya dengan minyak itu disiarkan secara langsung ke seluruh dunia,

Ramai orang menontonnya termasuklah seorang paderi di Italy. Paderi itu melihat upacara pengebumian dari awl hingga akhir. Setelah melihat proses meguruskan jenazah Almarhum Raja Fahd, paderi tersebut terbuka hati untuk memeluk islam.

Apakah sebab yang membuka hati paderi tersebut terhadap agama islam?Pertama sekali, dia meihat betapa adilnya Islam apabila menyamatarafkan golongan raja dengan rakyat biasa.Walaupun Raja Fahd seorang pemimpin yang berpengaruh dan memiliki kekayaan minyak terbesar di dunia,namun jenazahnya hanya dikapankan dengan kain putih seperti rakyat biasa.Bukannya dengan sutera-sutera mahal. Selepas daripada itu,jenazah Raja Fahd dibawa dengan keranda biasa yang digunakan oleh rakyat biasa.Tidak disediakan keranda emas untuk baginda raja.Apabila diusung ke dalam masjid,kebetulan pada masa yg sama ada mayat rakyat biasa turut dibawa ke dalam masjid untuk disolatkan.Maka mayat ini diletakkan di sebelah keranda Raja Fahd dan disolatkan bersama. sehinggalah ke akhir proses pengebumian.......semuanya membawa konsep adil. Fikir-fikirkanlah.

Friday, May 8, 2009

LeBaH DaN MaDu


Menurut pakar,madu lebah mengandungi unsur glukos dan perfentous,iaitu sejenis zat gula yg mudah dicerna.Glukos sangat berguna dalam proses penyembuhan pelbagai jenis penyakit. Selain itu, madu juga mengandungi kandungan vitamin yang sangat tinggi.

Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada lebah.Malah Nabi Muhammad s.a.w mengibaratkan seorang mukmin dengan lebah melalui sabdanya;"Perupamaan seoang mukmin adalah seperti lebah.Ia tiadak makan kecuali yang baik, tidak juga menghasilkan kecuali yang baik".

Thursday, May 7, 2009

MALAYSIA TANPA HUKUM HUDUD!



Terpampang di dada-dada akhbar setiap hari dengan pelbagai kes-kes jenayah.Tidak kira Mingguan Malaysia,Harian Metro, Berita Harian mahupun Sinar Harian semuanya sibuk menceritakan tentang kes ragut,rogol,rasuah, zina dll.Tahukah kita cara yg terbaik utuk mengatasinya?Kita sibuk memikirkan pelbagai program dan rancangan untuk mengatasinya dan kita lupa jika kita meletakkan agama di hadapan dlm kehidupan kita seharian, semuanya akan menjadi baik.Ya! hukum hudud. bagaimanakah kita igin membina sebuah negara@ tamadun yg gemilang jika kita tidak meletakkan agama di hadapan dan kes jenayah di negara kita masih di tahap kritikal.Wujudkah orang yg berani untuk melakukan kes merompak ataupun ragut jika hukuman bagi orang yg mencuri ialah potong tangan?Fikir-fikirkanlah.