Assalamualaikum.......
Pejam celik dah dlm 5 hari x update blog op
Sowie ar.......
Ari khamis ari tu g PMGANU
Boleh tahan program tu.......
Psl program tu nnti ar cerite neh
Serban dan tok guru?
Nk tau x cerita Nasruddin hoja yg lain?
Pernah suatu ketika, semasa Nasrettin Hoca masuk ke sebuah kampung, dia telah dikerumuni oleh sekumpulan pemuda yang datang membawa kitab.
“Kamu nak apa?” tanyanya kepada pemuda-pemuda itu.
“Kami mahu mengaji kitab, mahu menadah ilmu darimu wahai Tuan Guru,” jawab mereka.
“Macam mana kamu boleh tahu yang aku ini seorang Tuan Guru?” tanya Nasrettin Hoca kepada pemuda-pemuda yang mengerumuninya itu.
“Kami percaya kamu adalah seorang Tuan Guru sebab serban kamu yang besar dan hebat,” kata mereka.
“Oh, kamu anggap aku ini guru kamu sebab serban aku ya. Baiklah. Nah, ambil ini dan belajarlah dari keldaiku!”, kata Nasrettin Hoca sambil menanggalkan serbannya lalu dipakaikan di kepala keldainya.
“Hari ini, Tuan Guru kamu adalah keldaiku. Keldai berserban ini”, kata Nasrettin Hoca. Pemuda itu terlopong semuanya.
Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu
Kesimpulannya?
Apa yang ingin diutarakan oleh Nasruddin?
Pada pendapat cek lar
Jgn sangka semua orang yang berjubah dan berserban itu baik, alim, dan jujur. Begitu juga lar sebaliknya........Jangan sangka orang yang x berserban dan berjubah itu orang yang jahil, keji. Blh jadi seorang cleaner itu lebih disayangi oleh Allah drpd seorang yang bergelar Dato, Tan Sri dan sebagainnya.
Jangan hanya memandang luaran seseorang! Jangan merendahkan org yang lebih rendah pangkat@jawatannya drpd kita!
Jangan menghina seorang pekebun!
Jangan menghina seorang cleaner!
jangan menghina seorang orang gaji!
Jangan menghina seorang yang miskin!
kenapa?
mungkin mereka lebih baik darpd kita.........
No comments:
Post a Comment